| المؤنن | Ḥadīth mu’annan | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan oleh perawi daripada gurunya dengan menggunakan lafaz ‘anna (ن). |
| تدليس التورية | tadlīs tawriyat | Agama Islam | Hadith | Perawi yang membaca Ḥadīth yang didengar daripada gurunya, kemudian berkata, “Aku telah mendengarnya … .” Perkataan “nya” di situ bermaksud Ḥadīth yang lain. |
| حدثنا | ḥaddathanā | Agama Islam | Hadith | Lafaz yang digunakan untuk menyampaikan Ḥadīth yang diterima daripada gurunya secara langsung dan kumpulan. |
| حدثني | ḥaddathanī | Agama Islam | Hadith | Lafaz yang digunakan untuk menyampaikan Ḥadīth yang diterima daripada gurunya secara langsung dan perseorangan. |
| المعنعن | Ḥadīth mu’an’an | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan oleh perawi daripada guru-gurunya dengan menggunakan beberapa lafaz ‘an (عن). |
| تدليس السكوت | tadlīs sukūt | Agama Islam | Hadith | Perawi yang menggunakan lafaz yang jelas yang diterima daripada gurunya seperti حدثنا dan سمعت kemudian dia diam, selepas itu berkata, “Sipulan berkata …” |
| الاعلام | i’lam guru | Agama Islam | Hadith | Pemberitahuan seorang guru kepada muridnya bahawa Ḥadīth atau kitab ini diterima daripada gurunya tanpa memberi keizinan orang lain meriwayatkan daripadanya. |
| اعلمني | a’lamanī | Agama Islam | Hadith | Lafaz yang digunakan oleh seorang perawi untuk menyampaikan Ḥadīth atau kitab yang diterima daripada gurunya tanpa mendapat keizinan untuk meriwayatkannya secara langsung dan perseorangan. |
| المتابعة | mutāba’at | Agama Islam | Hadith | Ḥadīth yang diriwayatkan oleh perawi lain yang bertemu dengan guru perawi yang pertama atau guru-gurunya. |
| اخبرنا | akhbaranā | Agama Islam | Hadith | Lafaz yang digunakan untuk menyampaikan Ḥadīth yang diterima daripada guru secara langsung dan berkumpulan, khusus bagi Ḥadīth yang dibaca oleh murid kepada gurunya. |