| restriction enzyme | enzim pembatasan | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Enzim daripada bakteria yang boleh mencerna dan membataskan bebenang DNA. Dalam bakteria, enzim ini merupakan mekanisme pertahanan diri terhadap serangan virus. Enzim ini digunakan secara meluas dalam teknologi rekombinan DNA. Terdapat dua jenis atau kelas enzim pembatasan, iaitu: i. Jenis I, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada kedudukan rawak. ii. Jenis II, enzim yang membataskan bebenang DNA ganda dua pada jujukan DNA spesifik dan menghasilkan DNA dengan hujung DNA bersimetri, sama ada hujung tumpul atau hujung jeleket. |