| raised grain | ira timbul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Ira yang sebahagian gelang pertumbuhan- nya timbul dan lebih tinggi daripada permukaan biasa. Keadaan ini terjadi disebabkan alat permotongan yang tumpul dan kadar pengecutan pemukaan yang tidak seragam. |
| disc refiner | ceper penghalus | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Mesin yang terdiri daripada dua ceper bergigi yang menegak, satu daripada nya pegun dan yang satu lagi berputar. Mesin ini bergerak berterusan untuk meleraikan dan menghaluskan stok, biasanya serpai halus dalam penyediaan pulpa. |
| powder post beetle | kumbang bubuk | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Kumbang perosak kayu daripada famili Bostrychidae dan Lyctidae. Larva kumbang ini mengorek bahagian kayu gubal yang kering atau setengah kering, terutama kayu keras. Serangan nya dikenali dari[pada habuk halus di tepi lubangyang telah dikorek dan ukuran lubang kira-kira 1.5 mm hingga 3 mm mengikut spesiesnya, misalnya kumbang Lytus spp. |