| electronic formula | formula elektron | Farmasi | Tiada | Formula struktur yang ikatannya diwakili oleh titik-titik yang menunjukkan perkongsian elektron antara atomnya. Contohnya, H:H. |
| second ionisation potential | keupayaan pengionan kedua | Kejuruteraan | Tiada | Keupayaan yang diperlukan untuk memisahkan elektron yang paling lemah ikatannya pada atom yang telah pun kekurangan satu elektron. |
| polycrystal | polihablur | Geologi | Tiada | Himpunan butiran-butiran hablur sesuatu mineral yang tidak tentu bilangan, rupa bentuk, saiz, atau ikatannya yang sama-sama membentuk suatu jasad pepejal. |
| fluorocarbon | fluorokarbon | Fizik | Nanoteknologi | Sebatian kimia yang mengandungi ikatan karbon-fluorin. Ciri utamanya adalah kurang bertindak balas dan mempunyai kekutuban yang tinggi. Panjang ikatan karbon-fluorin ialah ~14 nm dan tenaga perguraian ikatannya ialah 552 kJ/mol. |
| fusion bonded carpet | karpet cantuman ikatan | Kesenian | Hiasan Dalaman | Karpet yang dihasilkan dengan jumbai bulu yang disemat ke dalam campuran cecair vinil. Komponen ini bersatu untuk menghasilkan karpet yang mempunyai permukaan belakang vinil yang kedap. Tujuannya adalah untuk menghasilkan jumbai yang kuat ikatannya, yang sesuai untuk pembuatan karpet jenis pail potong. |
| Auger effect | kesan Auger | Fizik | Atom dan Nuklear | Proses spontan bagi atom yang mempunyai kekosongan elektron pada petala paling bawah (K) yang melaras semula keadaannya kepada keadaan yang lebih stabil dengan mengisi semula kekosongan ini dengan elektron dari paras ikatan yang lemah (L₁). Tenaga yang dibebaskan daripada peralihan ini akan dipindahkan kepada elektron pada petala yang lebih kurang tenaga ikatannya (L₂) dan elektron ini dilecit dari atom sebagai elektron Auger. |