Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iklimnya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
climatic zonezon iklimGeologiTiadaJalur permukaan bumi yang iklimnya secara umum homogen dalam beberapa segi
humidity provincekawasan kelembapanSainsHidrometeorologiKawasan yang keberkesanan kerpasan iklimnya menghasilkan akibat biologi tertentu, terutamanya bentuk-bentuk klimaks iklim tumbuh-tumbuhan (hutan hujan, tundra, dan sebagainya), mengikut pengelasan iklim C.W. Thornthwaite pada tahun 1931. Lima kelas utama kawasan kelembapan dapat dikenal pasti. Kawasan-kawasan tersebut dibataskan oleh nilai indeks keberkesanan kerpasan (indeks P-E), iaitu; basah atau hutan hujan; lembap atau hutan; sublembap atau padang rumput; separa gersang atau steppe; dan gersang atau gurun.
climatic zonezon iklimSainsHidrometeorologiJalur permukaan bumi yang iklimnya secara umum homogen dalam beberapa segi; kawasan kecil dalam pengelasan iklim yang mudah. Zon iklim yang asalnya disempadani Garisan Sartan dan Garisan Jadi dan Bulatan Arktik dan Antartika; termasuk zon panas, dua zon sederhana dan dua zon sejuk. Dalam keadaan ini zon merupakan pembahagi iklim secara matematik, tetapi zon iklim boleh juga ditakrifkan mengikut iklim sebenar. Zon iklim ditakrifkan juga sebagai kawasan yang mengandungi satu jalur panas, dua jalur sederhana dan dua kawasan sejuk kutub.
ecumeneekumenGeografiTiadaBahagian permukaan bumi di mana ciri-ciri iklimnya adalah sesuai untuk petempatan manusia.
ecological climatologyklimatologi ekologiGeologiTiadaCabang bioklimatologi, termasuk adaptasi fisiologi tumbuh-tumbuhan dan haiwan terhadap iklimnya, dan taburan tumbuh-tumbuhan dan haiwan berhubung dengan iklim.
catenakatenaGeologiTiadaJujukan tanih yang sama, berasal daripada bahan induk yang serupa, dan terdapat di kawasan yang keadaan iklimnya serupa, tetapi mempunyai ciri yang berbeza.
hyetal regionwilayah hietalSainsHidrometeorologiWilayah yang dalamnya jumlah dan perubahan musiman hujan adalah daripada jenis tertentu. Mengikut Koppen, dalam pengelasan iklimnya, jenis utama wilayah hietal ialah; gurun, dengan hujan jarang-jarang dan tak tetap; musim sejuk kering, dengan musim panas yang mencirikan iklim monsun; musim panas kering, dengan musim hujan pada musim sejuk, seperti iklim Mediterranean; hujan pada semua musim, tetapi taburannya tidak sama rata sepanjang tahun; hujan pada lebih setengah bilangan hari pada setiap bulan. Jenis yang kurang penting boleh dibezakan dengan musim maksimum hujan yang sama ada dipisahkan oleh musim kering pendek atau teralih menjelang musim bunga atau musim luruh.
carbon leakageketirisan karbonAlam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG)Tadbir UrusSituasi pemindahan operasi syarikat kesatuan eropah ke negara yang polisi iklimnya lebih longgar.
nomadic herdingpengembalaan cara nomadGeografiTiadaSistem pengembalaan yang biasa terdapat di kawasan rumput semula jadi kawasan gersang dan separa gersang, yang keadaan iklimnya tidak menggalakkan pertanian dan ternakan kekal dan pengembala perlu berpindah untuk mendapatkan rumput dan barang makanan.
climatic dividepembahagi iklimSainsHidrometeorologiSempadan antara kawasan yang mempunyai jenis iklim yang berbeza. Pembahagi yang sangat berkesan ialah legih banjaran gunung. Jika banjaran menganjur ke utara dan selatan berdekatan pantai suatu benua seperti di bahagian barat Amerika Utara, legih ini memisahkan kawasan yang iklimnya nisbi basah dengan yang kering. Jika banjaran itu seperti Alps yang menganjur ke timur dan barat, legih membentuk suatu sempadan antara kawasan nisbi panas dengan yang sejuk. Banjaran yang pugak terhadap angin lazim sangat berkesan.

Kembali ke atas