| college stamp | setem maktab | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Setem persendirian yang dikeluarkan oleh maktab Oxford dan Cambridge atau institusi pengajian tinggi antara tahun 1871 hingga 1886 untuk tujuan surat-menyurat tetapi telah diberhentikan oleh pihak pentadbiran pos British. |
| academic library | perpustakaan akademik | Perpustakaan | Tiada | Perpustakaan yang ditubuhkan di universiti, maktab atau institusi pengajian tinggi yang menjadi sebahagian atau bergabung dengan institusi tersebut. |
| educational film | filem pendidikan | Komunikasi | Tiada | Filem yang lazimnya berformat 8 mm atau 16 mm yang khusus dibuat untuk kegiatan latihan atau pendidikan di sekolah, institusi pengajian tinggi atau organisasi. filem bukan untuk pawagam. |
| strategic leadership | kepemimpinan strategik | Pengurusan | Perancangan | Pendekatan yang diambil oleh pihak pengurusan atasan sesebuah organisasi dalam menjayakan matlamat organisasi untuk berdaya saing. Kepemimpinan strategik menekankan kemampuan pihak pengurusan atasan untuk memotivasikan dan meyakinkan ahli organisasi dalam mendukung wawasan organisasi yang telah ditetapkan. Contohnya, pendekatan strategik pemimpin institusi pengajian tinggi yang mempunyai wawasan untuk meletakkan organisasi mereka setanding dengan universiti tersohor di dunia. Pemimpin tersebut perlu berupaya meyakinkan warga universiti keseluruhannya untuk bersama-sama merealisasikan wawasan tersebut. |
| growth strategy | strategi pertumbuhan | Pengurusan | Perancangan | Strategi yang dibentuk oleh pihak pengurusan atasan dengan menumpukan sumber organisasi untuk meningkatkan hasil, membesarkan saiz perniagaan dan mengembangkan syer pasaran. Pendekatan strategi ini boleh dilakukan dengan meluaskan pasaran, menambahkan kepelbagaian produk, memperkasakan segmentasi (kategori) pasaran, meningkatkan strategi pemasaran dan mengukuhkan kekuatan bagi mengatasi pesaing. Contohnya, institusi pengajian tinggi tempatan membentuk strategi pengantarabangsaan dengan meluaskan pasaran melalui penawaran program ijazah kepada calon pelajar luar negara. |
| finger | jari | Teknologi Maklumat | Tiada | Atur cara yang memberi nama individu atau organisasi yang dikaitkan dengan alamat e-mel. Atur cara ini juga mungkin dapat memaklumkan sama ada pengguna sedang menggunakan sistem atau masa sesi log masuk pengguna terakhir. Untuk mengesan seseorang pengguna Internet, pengguna perlu mempunyai atur cara finger dalam komputer atau pengguna boleh pergi ke get laluan dalam web dan memasukkan alamat e-mel pengguna tersebut. Pelayan komputer pengguna haruslah mempunyai atur cara yang membolehkan permintaan finger diproses. Kemudahan finger biasanya terdapat di institusi pengajian tinggi dan syarikat besar. |
| National e-Learning Policy (DePAN) | Dasar e-Pembelajaran Negara (DePAN) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kerangka e-pembelajaran di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) Malaysia, yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Malaysia pada tahun 2011 bagi menentukan polisi dan hala tuju nasional yang jelas dan seragam untuk menjamin kelestarian kualiti perkembangan e-pembelajaran tempatan. |