Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipomea


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
moth flowerbunga kupu-kupuBiologiEkologiBunga yang didebungakan oleh kupu-kupu, misalnya bunga seri pagi, Ipomea alba. Di antara ciri bunga kupu-kupu termasuklah warna yang putih atau hijau muda, berbau wangi, dan antesis pula berlaku pada waktu malam.
capsulekapsulHerbaBotani dan BioteknologiBuah bengang kering yang terbentuk daripada ovari sinkarpa. Buah ini merekah apabila masak dan membentuk injap melalui liang atau belahan memanjang. Contohnya, keembong (Impatiens balsamina), kangkung (Ipomea aquatica), jarak (Ricinus communis) dan kesumba (Bixa orellana).
ergot alkaloidalkaloid ergotHerbaFitokimiaKumpulan sebatian alkaloid indola yang terdapat dalam beberapa jenis kulat seperti Claviceps spp. dan Aspergillus spp. serta beberapa tumbuhan daripada famili Convolvulaceae seperti bunga kembang pagi (Ipomea violacea). Alkaloid jenis ini diklasifikasikan sebagai bahan beracun yang boleh mengganggu sistem penghadaman, peredaran darah dan saraf. Keracunan ergot akibat termakan bijirin seperti rai yang tercemar oleh kulat boleh menyebabkan kematian. Walau bagaimanapun, beberapa alkaloid ergot juga mempunyai aktiviti farmakologi yang sangat bernilai dan sering digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, ergotmetrina daripada Claviceps purpurea yang digunakan untuk mempercepat proses bersalin dan mengurangkan pendarahan selepas pembedahan Caesarean.
pioneer speciesspesies perintisBiologiEkologiSpesies organisma yang ahlinya cenderung menjadi spesies pertama di tanah lapang. Spesies ini selalunya tidak tolerans terhadap persaingan, dan pupus apabila populasinya terus berkembang, misalnya kangkung laut, Ipomea pes-caprae, di pantai berpasir.

Kembali ke atas