| juke box | kotak juke | Teknologi Maklumat | Tiada | Peranti dalam rangkaian yang menyimpan dan memainkan cakera optik berdasarkan permintaan pengguna. Kotak juke mempunyai berpuluh-puluh slot cakera . Untuk mencapai cakera dari slot masing-masing, peranti pemungut akan menyelusur slot atau slot cakera akan bergerak menjajari peranti pemungut. Prestasi jangkauan bergantung kepada susunan slot dan peranti pemungut dan juga berdasarkan ruang di antara cakera dengan peranti pemungut. Masa jangkauan adalah sekitar 85 milisaat manakala kadar pindahan adalah kira-kira 700 Kbit sesaat. Kotak juke digunakan untuk persekitaran storan bermuatan tinggi seperti pengimejan, pengarkiban dan pengurusan storan berhierarki (HSM). |