| League of Arab States | Liga Negara-Negara Arab | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Pertubuhan antarabangsa yang dianggotai oleh 22 buah negara Arab yang beribu pejabat di Kaherah. Pertubuhan ini diwujudkan melalui Pakatan Liga Negara-Negara Arab. Pertubuhan ini juga merupakan sebuah perikatan pertahanan dan juga aturan serantau. |
| eclecticism | eklektisisme | Kesenian | Seni Bina | Fahaman falsafah yang menggunakan pelbagai sumber dan ilmu pengetahuan. Fahaman ini menggabungkan pelbagai teori, gaya atau idea bagi mendapatkan pandangan menyeluruh berkenaan dengan sesuatu reka bentuk. Pendekatan eklektik dalam seni bina lebih dikenali sebagai pendekatan potong dan tampal kerana menggabungkan pelbagai gaya daripada pelbagai jenis dan tipologi seni bina, sama ada pada masa lampau atau pada masa kini. Di Malaysia, contoh bangunan yang dibina menggunakan pendekatan eklektik ialah masjid Universiti Teknologi Malaysia. Perancangan masjid ini menerapkan pelbagai gaya seni bina seperti kubah di Isfahan, gerbang Iwan di Iran, mimbar masjid di Kaherah dan menara di Istanbul. |