Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
echolaliaekolaliaPendidikanTiadaPeniruan terhadap kata-kata yang lepas yang mungkin diubah sedikit atau sebahagiannya. Biasanya peniruan ini terdapat pada kanak-kanak pada peringkat kata tunggal.
data wordperkataan dataMatematikTiadaSetiap item data yang disimpan dalam kata tunggal dari media penyimpanan.
single sign on (SSO)daftar diri tunggal (SSO)Teknologi MaklumatKeselamatan KomputerPengesahan pengguna yang digunakan dalam beberapa sistem pelayan pelanggan. Pengguna hanya perlu membekalkan ID dan kata laluan sekali sahaja untuk mencapai beberapa aplikasi berlainan dalam sistem pelayan yang sama melalui SSO. Senarai aplikasi yang dibenarkan ialah berdasarkan langganan pengguna atau penentuan pentadbir pelayan. Apabila identiti pengguna telah disahkan pada kali pertama dalam suatu sesi penggunaan sistem pelayan berkenaan, pengguna tersebut tidak perlu mengesahkan dirinya lagi untuk semua aplikasi yang dibenarkan. Contohnya SSO ialah Microsoft Passport.
status linebaris statusPentadbiran PerniagaanTiadaBaris yang kelihatan pada pemproses kata atau peraga pada bahagian atas atau bawah skrin untuk menunjukkan birai dan aturan tab, jarak tunggal atau dedua dan sebagainya.
paraffinparafinKejuruteraanPetroleumSiri hidrokarbon yang dicirikan oleh atom karbon yang disusun dalam bentuk rantai terbuka dan dihubungkan oleh ikatan tunggal, iaitu satu valensi setiap atom karbon digunakan untuk membentuk ikatan kimia dengan atom karbon di dalam rantai yang berdekatan dan valensi-valensi yang lain membentuk ikatan dengan atom hidrogen. Formula amnya ialah CnH2n+2, iaitu n ialah bilangan atom karbon yang terdapat di dalamnya. Semua anggota siri ini mempunyai nama yang berakhir dengan ‘ana’ dan awalan dengan kata Greek yang menunjukkan bilangan atom karbonnya. Siri ini juga dicirikan oleh sifat kelengaian kimia seperti tidak bertindak balas terhadap asid sulfurik atau asid nitrik pekat, dan apabila dinyalakan dengan kehadiran udara, siri hidrokarbon ini akan meletup. Merupakan unsur terpenting daripada minyak mentah. Contoh anggota siri ini termasuklah metana (CH4), etana (C2H6) dan sebagainya.

Kembali ke atas