| tui | tui | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagin kayu dan pokok Dolichandrone spathaceae daripada famili Bignoniaceae yang disebut taring buaya. Gubal kayu tui berwarna putih dan tidak berbeza daripada teras kayunya. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 480 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan |
| mempoyan | mempoyan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Rhodamnia cinerea daripada famili Myrtaceae. Gubal kayunya sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya yang berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara 1025 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sangat berat. |
| tuai | tuai | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Bischofia javanica daripada famili Staphyleaceae. Nama tempatan di Semenanjung ialah jitang. Gubal kayunya berwarna coklat kemerahan, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat keunguan dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya agak halus hingga agak kasar tetapi tidak sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat dan sederhana keras. Kayu gaham badak sukar dikerjakan dan dikeringkan, mudah dikemas siap, mempunyai kadar kecutan yang tinggi, kurang tahan, tetapi gubal kayunya lebih mudah diawet. Kayu tuai jarang digunakan kerana mempunyai ciri-ciri yang kurang baik, tetapi boleh digunakan untuk membuat kotak dan lantai sementara. |
| keruing | keruing | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dipterocarpus spp. daripada famili Dipterocarpaceae. Gubal kayu keruing berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang biasanya berwarna merah coklat dan menjadi lebih gelap apabila terdedah. Tekstur kayunya kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras sederhana. Sehingga kini terdapat 50 spesies kayu keruing yang sudah direkodkan. Kayu ini dikelaskan kepada dua kumpulan utama, berdasarkan kandungan dan jenis damar dalam kayunya, iaitu keruing berminyak, seperti Dipterocarpus baudii, D. crinitus, dan D. lowii; dan keruing air, seperti D. costatus, D. grandiflorus, dan D. kerri. Kumpulan kayu keruing mempunyai ciri yang berbeza-beza mengikut spesies, dan ini mempengaruhi sifat pemprosesannya. Misalnya, kayu keruing berminyak sukar diproses dan diperekat. Keruing ialah satu daripada spesies kayu dagangan yang utama di Malaysia. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan |
| kulim | kulim | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Scorodocarpus borneesis. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bawang hutan, dan di Sarawak ialah bawang hutan dan ungsunah. Gubal kayunya berwarna kuning muda, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 640 hingga 975 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini agak sukar dikerjakan, sederhana tahan, mudah dikeringkan, dan mudah diawet. Kayu kulim sesuai untuk kerja binaan dalaman, rasuk, dan jambatan, dan jika diawet boleh digunakan untuk lantai, alas landasan kereta api, dan tiang eletrik. Kayu ini juga sesuai digunakan di persekitaran laut kerana tidak mudah di serang penggerek laut. |
| kemenyan | kemenyan | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Styrax spp. daripada famili Styracaceae. Nama ini berasal daripada nama damar yang dikeluarkan oleh kulit kayunya. Spesies utama kayu ini termasuk Styrax benzoin, S. crotonoides dan S. paralleloneurum. Gubal kayu kemenyan dan teras kayunya dibezakan, dan berwarna coklat muda. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 575 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan berat. Kegunaan utamanya ialah damar kemenyan, yang digunakan untuk pengasapan atau perubatan tradisional. |
| bayur | bayur | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawainya bagi kayu Pterospermum spp. daripada famili Sterculiaceae. Spesies utama kayu ini ialah Pterospermum diversifolium, P. jackianum, P. javanicum, dan P. stapfianum. Gubal kayu bayur mempunyai julat warna putih krim dan kuning coklat, dan berubah menjadi merah coklat pada teras kayunya. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang lurus dan agak bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 385 hingga 705 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu lembut hingga sederhana keras. Kayu bayur tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan mudah diserang serangga dan kulat. Kayu ini mengering dengan cepat tanpa kecacatan yang teruk, kecuali pewarna gubal. Kayu ini digunakan untuk lantai, hulu peralatan, perabot, kemasan dalaman, dan struktur binaan sementara. |
| bayur bukit | bayur bukit | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi pokok dan kayu Schoutenia spp. daripada famili Tiliaceae, tetapi hanya satu spesies sahaja yang boleh mempunyai saiz balak, iaitu Schoutenia accrescens. Kayu ini biasanya berwarna berwarna coklat kelabu keunguan, dan sukar dibezakan antara gubal dan teras kayunya. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu bayur bukit mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 945 hingga 995 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan amat berat. |
| mensirah | mensirah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Ilex spp daripada famili Aquifoliaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah bangkulatan dan morogis. Spesies utamanya termasuk Ilex cissoidae dan I. cymosa. Gubal kayunya sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih, yang berubah menjadi coklat kekuningan apabila terdedah. Tekstur kayunya halus dan tidak sekata, kerana mempunyai tisu ruji yang lebar. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 595 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana lembut dan ringan. Kayu mensirah mudah mengering tetapi kurang tahan, dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Balak kayu ini kecil dan sukar diproses dalam kuantiti yang banyak, dan hanya sesuai untuk anak mancis. |
| kayu getah | kayu getah | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Hevea brasiliensis daripada famili Euphorbiaceae. Gubal kayu dan teras kayunya sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih susu. Tekstur kayunya agak kasar dan sekata dengan ira yang lurus danbersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat. Kayu ini mudah dikerjakan dan dikemas siap, dan mudah dikeringkan tanpa mengalami cacat yang serius, tetapi kehadiran susu getah mengganggu kerja penggergajian kayu basah. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah, dan rentan kepada serangan serangga dan kulat pewarna, tetapi mudah diawet. Kayu ini digunakan untuk perabot, lantai parket, hiasan dalaman, dan kayu kumai, dn diserpai untuk pulpa, kertas, dan papan gentian. |