| hand tailing | tangkap ekor | Perikanan | Tiada | Kaedah menaikkan ikan ke atas dek bot dengan memegang bahagian ekor ikan. Bagi ikan yang bersaiz kecil, pemancing menggunakan tangannya untuk menggenggam bahagian ekor ikan dan menaikkan ikan tersebut ke atas dek. Bagi ikan yang bersaiz besar, tali digunakan untuk mengikat ekor ikan dan takal digunakan untuk menaikkan ikan ke atas dek. |
| electrofishing | pancing elektrik | Perikanan | Tiada | Kaedah menangkap ikan dengan mengalirkan arus eletrik ke dalam air untuk melalikan ikan. Pancing elektrik digunakan bagi tujuan tertentu seperti memudahkan ikan dikumpulkan untuk kajian saintifik dengan menanda ikan atau untuk memindahkan ikan ke tempat lain. Kaedah ini diharamkan kepada orang awam bagi menggelakkan penyalahgunaan penangkapan ikan di kawasan air tawar. |
| foul hook | cangkuk bebas | Perikanan | Tiada | Kaedah mencangkuk mata kail pada mana-mana bahagian ikan selain bahagian mulut semasa menaikkan ikan ke atas dek bot. |
| bag net | pukat bakul | Perikanan | Tiada | Pukat yang berbentuk bakul ringkas, digunakan untuk menangkap kedua-dua spesies ikan pelagik dan ikan demersal. Pukat ini memerlukan beberapa bot untuk beroperasi. Pukat ini digunakan bersama-sama peranti pengumpul ikan (FAD) bagi mengumpul ikan yang berada di tempat tertentu. Pukat bakul juga digunakan bersama-sama lampu untuk menarik perhatian ikan. Pukat akan direntangkan terlebih dahulu di bawah air pada kedalaman tertentu dengan tali setiap penjuru pukat diikat pada sebuah bot. FAD akan dipasangkan di atas pukat yang terentang untuk mengumpul ikan. Apabila kumpulan ikan telah banyak berkumpul pada peranti FAD, pukat akan ditarik naik dengan pantas ke permukaan air dan ikan akan terperangkap di dalam pukat. Seterusnya, pukat akan ditarik naik perlahan-lahan ke atas bot sehingga ikan boleh dicedok dengan menggunakan pencedok. Kaedah ini sangat sesuai digunakan untuk menangkap ikan jenis berkumpulan. |
| put and take fishery | perikanan biak lepas | Perikanan | Tiada | Kaedah pembiakan ikan dengan melepaskan ikan yang telah mencapai ukuran tertentu ke kawasan perairan umum. Ikan yang dilepaskan biasanya diperoleh dari pusat pembiakan atau pusat pembenihan ikan. Kaedah pembiakan ini boleh meningkatkan stok ikan. |
| passive gear | peralatan pasif | Perikanan | Tiada | Semua jenis peralatan menangkap ikan yang dipasang secara statik di tempat tertentu supaya ikan terperangkap. Ikan akan bergerak ke arah peralatan pasif, contohnya bubu, kelong dan rawai yang dipasang dan ikan akan terperangkap di dalamnya. Peralatan ini dianggap sangat mesra sumber kerana sasarannya hanya tertumpu pada spesies tertentu dan operasinya yang juga terhad di kawasan tertentu sahaja. Sifat selektif peralatan ini membolehkannya digunakan untuk tujuan pengurusan sumber perikanan. |
| whale shark | yu paus | Perikanan | Tiada | Ikan yu daripada famili Rhincodontidae, spesies Rhincodon typus, iaitu jenis ikan luar pesisir yang berhijrah jauh di antara laut bebas dengan perairan negara dan kembali ke tempat asal pada musim membiak. Yu paus merupakan spesies ikan yang dilindungi. Badan ikan ini berwarna kelabu di bahagian atas dan bewarna putih di bahagian bawah. Terdapat tiga banjaran yang jelas pada sisi kanan dan kiri serta jaluran berbintik kuning di sekeliling badan. Mulutnya pula berada di bahagian depan muncung. Yu paus merupakan ikan yu terbesar yang boleh mencapai panjang 12 meter tetapi tidak berbahaya kepada manusia. Ikan ini hanya memakan plankton nekton melalui alat penyaring yang terdapat di dalam mulutnya. Yu paus bergerak secara bersendirian dan kadangkala bergerak secara berkumpulan, iaitu dalam lingkungan 100 ekor. Ikan ini biasanya berenang bersama-sama ikan pelagik seperti ikan skombrid dan boleh ditangkap dengan menggunakan tombak. |
| catadromous fish | ikan katadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari ekosistem air tawar ke laut untuk membiak. Ikan katadromi menetas di laut, tetapi hidup dan membesar di kawasan air tawar dan hanya kembali semula ke laut untuk membiak. Contohnya, belut. Banding ikan anadromi. |
| fish ladder | tangga ikan | Perikanan | Tiada | Struktur seperti tangga yang dibina bagi memudahkan ikan berhijrah ke hulu sungai untuk membiak. Tangga ini dibina di kawasan halangan seperti empangan bagi membolehkan ikan seperti kelah, sebarau dan salmon berhijrah ke kawasan pembiakan. |
| anadromous fish | ikan anadromi | Sains Marin | Tiada | Ikan yang bermigrasi dari laut ke ekosistem air tawar untuk membiak. Ikan anadromi menetas di kawasan air tawar, tetapi membesar dan menghabiskan usianya di lautan, dan kembali ke habitat air tawar untuk membiak. Contohnya, ikan salmon, sturgeon, bass dan lain-lain. Banding ikan katadromi. |