| law of motion | hukum gerakan | Matematik | Tiada | Hukum yang merujuk tiga hukum gerakan Newton yang menegaskan bahawa: i. Setiap jasad kekal dalam keadaannya yang tenat dalam keadaannya yang bergerak secara sekata dalam garis yang lurus, melainkan jika dipaksa menukarkan keadaan itu oleh daya yang dikenakan terhadapnya. ii. Pecutan adalah berkadar langsung dengan daya tetapi berkadar songsang dengan jisim jasad, dan berlaku dalam arah garis lurus daya tindak. iii. Kepada setiap tindakan sentiasa terdapat tindak balas yang sama tetapi berlawanan. |
| market anomaly | anomali pasaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Kejadian yang keadaannya berbeza daripada ciri-ciri atau syarat pasaran cekap. |
| blank pipe | paip kosong | Kejuruteraan | Petroleum | Sebarang paip yang keadaannya seperti dalam keadaan asal, iaitu tidak mengalami proses pene- bukan sehinggakan paip berkenaan tidak mengandungi lubang tebukan. Biasanya dirujukkan kepada selongsong, dan kadang kala dikenali juga sebagai selongsong kosong. Rujuk : selongsong kosong. |
| imbal | imbal | Sukan | Tiada | Pusingan gasing yang tidak seimbang kerana keadaannya tidak simetri. |
| steady flow | aliran mantap | Fizik | Mekanik | Aliran bendalir yang semua keadaannya malar pada sebarang titik terhadap masa. |
| quasi-experiment | eksperimen kuasi | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah eksperimen yang keadaannya direka bentuk supaya menghampiri ciri-ciri suatu eksperimen yang sebenar. Kaedah yang digunakan mungkin tidak melibatkan manipulasi pemboleh ubah bebas atau tidak meletakkan subjek secara rawak kepada kumpulan atau elemen lain daripada kawalan eksperimen sebenar. Walaupun tidak mengikuti syarat-syarat suatu eksperimen yang sebenar, pengkaji masih boleh mengukur perbezaan dalam ciri-ciri tingkah laku subjek seperti status mental dan fizikal mereka. Walau bagaimanapun, kesimpulan daripada kaedah eksperimen sebegini tidaklah sekukuh eksperimen sebenar. |
| forecast area | kawasan ramalan | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan tertentu yang keadaannya dinyatakan dalam sesuatu ramalan cuaca. |
| Schroedinger representation | perwakilan Schroedinger | Fizik | Mekanik Kuantum | Perwakilan yang fungsi keadaannya adalah merupakan fungsi eigen bagi pengoperasi kedudukan. Sinonim perwakilan kedudukan. |
| progress | kemajuan | Sejarah | Tiada | Perihal perubahan yang beransur-ansur atau bertambah maju keadaannya sama ada ekonomi, pendidikan dan sebagainya. |
| xeric succession | sesaran xerik | Biologi | Ekologi | Sesaran yang bermula di tanah yang keadaannya terlalu kering. |