| half smash | smesy separuh | Sukan | Tiada | Smesy yang kekuatannya hanya separuh atau tiga suku daripada kekuatan smesy sebenar, biasanya dengan kedudukan muka raket mengiring, dilakukan dengan tujuan mengelirukan lawan. |
| pulsus paradoxus | pulsus paradoksus | Perubatan | Tiada | Nadi yang kekuatannya mengurang semasa inspirasi sebagaimana yang berlaku dalam perikarditis konstriktif. |
| volumetric solution | larutan volumetri | Kimia | Biokimia | Larutan yang diketahui kekuatannya dan digunakan dalam analisis volumetri. |
| magnetomotive force | daya gerak magnet | Teknik | Elektrik | Daya yang menghasilkan fluks dalam litar magnet. Kekuatannya bergantung pada jumlah arus yang mengalir, dan diunitkan sebagai ampere lilit. Singkatan d.g.m. |
| lamin board | bod lapis | Kesenian | Tiada | Kepingan bod yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
| laminated wood | kayu berlamina | Kesenian | Tiada | Kepingan kayu yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
| destructive test | ujian musnah | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri-ciri kekuatannya secara langsung. Ujian dilakukan ke atas bahan sehingga musnah. |
| laminated glass | kaca berlamina | Kesenian | Tiada | 2. Kepingan kaca yang dibuat secara berlapis-lapis untuk menambahkan kekuatannya. |
| destructive testing | ujian musnah | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Kaedah pengujian bahan atau struktur untuk menentukan ciri-ciri kekuatannya secara langsung. Kaedah ini boleh mencacatkan tekstur permukaan atau merosakkannya akibat daripada proses penerasan. Salah satu ujian musnah yang tidak asing lagi ialah ujian teras konkrit. Melalui ujian ini, sampel teras konkrit diperolehi daripada anggota struktur dengan cara menggerudi, dan ini akan meninggalkan lubang sebesar di antara 50 mm hingga 100 mm pada struktur berkenaan. |
| weak coupling | gandingan lemah | Fizik | Atom dan Nuklear | Gandingan empat medan fermion dalam saling tindakan lemah yang kekuatannya lebih lemah beberapa tertib magnitud daripada saling tindakan kuat atau saling tindakan elektromagnet. |