| decreasing term insurance | insurans sementara menyusut | insurans | Tiada | Insurans sementara yang faedah kematiannya berkurangan secara berperingkat, bermula daripada tarikh berkuat kuasa polisi sehingga ke tarikh penamatan polisi. |
| decreasing term insurance | insurans bertempoh menyusut | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Insurans sementara yang faedah kematiannya berkurangan secara berperingkat, bermula daripada tarikh berkuat kuasa polisi sehingga ke tarikh penamatan polisi. |
| post-mortem burning | pembakaran pascakematian | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Tindakan membakar mayat mangsa jenayah selepas kematiannya. |
| التدبير | pembebasan hamba (mudabbar) | Agama Islam | Fiqh | Wasiat tuan mensyaratkan kepada hambanya iaitu kebebasannya berlaku selepas kematiannya. |
| facies hippocratica | roman nazak | Perubatan | Tiada | Muka yang kelihatan pucat dan tidak bermaya, yang dialami oleh orang yang menghampiri saat kematiannya. |
| eulogy | eulogi | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan atau tulisan yang memuji pencapaian seseorang. Pujian diberikan kerana sifat peribadi seseorang yang luhur, terutamanya selepas kematiannya. Eulogi juga ditulis dalam bentuk puisi. Contoh eulogi ditemui dalam karya W.H. Auden berjudul In Memory of W.B. Yeats. |
| curtate | kurtat | Matematik | Tiada | Anuiti hayat yang berdasarkan kepada jumlah pembayaran seimbang yang tidak dilakukan atau dilakukan, bagi sebahagian masa mulai daripada pembayaran akhir sebelum kematian penama sehinggalah kematiannya. |
| without proportion | tanpa perkadaran | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Apabila anuitan meninggal dunia, estetnya tidak akan dapat bayaran faedah anuiti bagi tempoh di antara tarikh bayaran terakhir anuiti tersebut dengan tarikh kematiannya. |
| ‘aqd itlaqah | akad umum | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh satu pihak untuk memberi kuasa kepada pihak lain untuk melakukan sesuatu urusan. Contohnya, bapa atau penjaga memberi keizinan kepada kanak-kanak yang mumaiyiz untuk melakukan sesuatu urus niaga atau bapa melantik wakil untuk menguruskan harta anaknya yang cacat selepas kematiannya. |
| morality play | lakon moraliti | Kesusasteraan | Tiada | Drama yang mempersonifikasikan sifat baik dan jahat yang bergelut dalam jiwa manusia. Antara sifat jahat ialah tamak, haloba dan dengki, manakala sifat baik ialah jujur, amanah dan tekun. Drama ini merupakan alegori kepada perjalanan hidup manusia yang terpaksa menghadapi pertarungan, iaitu dari saat kelahiran hingga kematiannya. Drama ini muncul pertama kali pada kurun ke-14 sebagai drama agama, tetapi secara beransur-ansur menjadi sekular. Drama ini berkembang antara tahun 1400 - 1500. Antara contoh drama yang dipentaskan berjudul The Pride of Life (1400), The Castle of Perserverance (1945), dan Everyman (1500). |