| Microcos tomentosa | Cenderai | Pertanian | Tiada | Pokok daripada famili Tiliaceae, jenis kecil hingga sederhana tinggi yang hidup liar di belukar dan hutan sekunder. Kanopinya padat berbentuk bulat. Batangnya berwarna kelabu keperangan. Hampir keseluruhan pokok berbulu halus. Pucuk mudanya berwarna merah jambu keperangan. Daunnya bujur panjang atau obovat. Permukaan bawah daun berwarna hijau keputihan. Bunganya kecil, berwarna kuning dan berbau harum. Buahnya kecil dan berbiji satu. Buah muda hijau dan yang masak berwarna hitam. Buah yang masak rasanya manis dan boleh dimakan. Air rebusan akar daun cenderai diminum untuk mengubati demam dan sakit perut. Daunnya dibuat ubat pupuk untuk meredakan gatal-gatal kulit. Daun dan kulit batang digunakan sebagai ubat sapu untuk meredakan cirit-birit dan sakit perut. Buih yang terhasil daripada ranting yang dibakar digunakan untuk menghilangkan parut kudis. |
| gallein | galein | Kimia | Tiada | Hablur merah keperangan atau kuning kehijauan yang diperoleh daripada pemanasan pirogalol dan ftalik anhidrida, yang digunakan sebagai pencelup atau sebagai penunjuk. Formula C20H12O7. |
| chloasma | kloasma | Kejururawatan | Tiada | Tompok-tompok keperangan di bahagian pipi, dahi dan atas bibir yang berlaku kepada ibu hamil atau wanita yang mengambil ubat perancang keluarga.� |
| brown | perang | Kesenian | Tiada | Warna coklat muda keperangan. |
| hematein | hematein | Kimia | Tiada | Bahan habluran berwarna merah-keperangan, C16H12O6, yang diterbitkan daripada hematoksilin melalui pengoksidaan, digunakan sebagai indikator dan pewarna. |
| raw sienna | sienna mentah | Kesenian | Tiada | Warna jingga keperangan. |
| mars red | merah marikh | Kesenian | Tiada | Warna merah keperangan. |
| thenardite | tenardit | Geologi | Tiada | Mineral ortorombus berwarna putih atau keperangan: Na2 So4. |
| marshite | marsyit | Geologi | Tiada | Mineral isometri berwarna kemerahan atau keperangan; CuI. |
| ebony ink | dakwat hitam | Kesenian | Tiada | Dakwat berwarna hitam keperangan. |