| Hare and List System | Sistem Hare dan List | Sains Politik | Politik Perbandingan | Dua jenis sistem yang diamalkan dalam sistem pengundian berkadar. Dalam Sistem Hare pengundi diberi senarai calon yang bertanding dan dikehendaki menandakan beberapa calon yang dipilih menurut susunan kesukaannya. Sistem ini telah menetapkan satu kuota jumlah undi yang diperlukan dan calon pilihan pertama pengundi yang telah memenuhi kuota ini akan terpilih. Walau bagaimanapun, undi lebihan yang diperolehnya tidak terbuang, sebaliknya boleh dipindahkan kepada calon lain dalam parti yang sama, yang tersenarai sebagai pilihan kedua oleh pengundi tersebut. Manakala dalam Sistem List pula pengundi diminta menyenaraikan calon mengikut susunan parti pilihannya. Sistem ini mementingkan identifikasi parti lebih daripada calon. Parti yang mendapat paling banyak pilihan dianggap menang dan parti tersebut akan mengagihkan kerusi yang dimenangi kepada calon mereka berdasarkan senarai yang disediakan. Contoh negara yang mengamalkan sistem ini ialah Ireland, Australia dan Afrika Selatan. |