| allomorphism | kealomorfan | Kimia | Tiada | Sama kandungan kimianya, tetapi berbeza bentuk hablurnya. |
| haematoidin | hematoidin | Perubatan | Tiada | Bahan yang secara kimianya serupa dengan bilirubin, tetapi berbeza dari segi asal. |
| agaricol | agarikol | Biologi | Mikologi | Bahan yang sifat kimianya menyerupai sifat kimia alkohol dan terhasil daripada metabolisme Fomes officinalis. |
| heteroauxin | heteroauksin | Bioteknologi | Tiada | Bahan yang dari segi kimianya menyerupai auksin (asid β-indola asetik), yang diekstrak daripada kulat dan air kencing. Bahan ini bertindak sebagai hormon perangsang pertumbuhan. |
| fluoroelastomer | fluoroelastomer | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Elastomer yang ketahanan kakisan kimianya tinggi pada keadaan suhu yang tinggi. Misalnya, Koroseal, TFE, Kel-F, dan Viton-A. |
| tricyclic antidepressant | antidepresan trisiklik | Kimia | Forensik | Antidepresan yang struktur kimianya mempunyai tiga gelang terlakur. Contohnya, amitriptilina, imipramina, desipramina, protiptilina hidroklorida dan amoksapina. |
| alanine | alanina | Fizik | Nanoteknologi | Asid amino berhablur dengan formula kimianya, C3H7NO2. Alanina merupakan salah satu komponen dalam pembentukan nanowayar berganda DNA. Terdapat dua jenis alanina, iaitu ?-alanina dan ?-alanina. ?-alanina merupakan juzuk kebanyakan protein, terutamanya protein haiwan. ?-alanina tidak terdapat dalam protein, tetapi wujud secara tabii dalam dua peptida, iaitu karnosina dan ansarina yang terdapat dalam otot mamalia. |
| polytetrafluoroethylene | politetrafluoroetilena | Kejuruteraan | Tiada | Fluoropolimer utama yang dikenali kerana kelengaian kimianya dan rintangan habanya. |
| standardised extract | ekstrak terpiawai | Herba | Fitokimia | Ekstrak herba yang kandungan kimianya dipiawaikan kepada sesuatu sebatian penanda yang kuantitinya mesti ditentukan berada dalam suatu julat tertentu yang telah dipersetujui umum. Contohnya, 60 mg ekstrak kering daun Ginkgo biloba mestilah mengandungi 13.2 mg hingga 16.2 mg sebatian flavonoid glikosida, 1.68 mg hingga 2.04 mg sebatian ginkgolida A, B dan C, dan 1.56 mg hingga 1.92 mg bilobalida. |
| Niggli's classification | pengelasan Niggli | Geologi | Tiada | Pengelasan batuan berdasarkan komposisi kimianya, dan dalam beberapa hal pengelasan ini menyerupai sistem norma. |