| tornado | tornado | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 m, berputar dengan kelajuan angin antara 150 km/j hingga 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi disemua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 hingga 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. |
| hurricane | taufan; hurikan | Geografi | Tiada | Ribut tropika yang mempunyai bahagian tengah (mata) yang tenang dan dikelilingi oleh angin-angin halaju tinggi (> 160 km / j) yang biasa dikaitkan dengan hujan lebat, guruh dan kilat. |
| pulse jet | jet denyut | Kejuruteraan | Tiada | Salur dorongan dengan injap-injap pengambilan udara automatik, atau paip jet tertala frekuensi, supaya tekanan ditingkatkan di antara ledakan, dengan itu memperoleh tujahan dengan ekonomi pada kelajuan-kelajuan udara pertengahan, misalnya 350-360 km/j. |
| tornado | puting beliung | Sains | Hidrometeorologi | Turus putaran udara yang kencang, berjuntai dari awan kumulonimbus dan hampir selalu kelihatan seperti awan corong atau tuba. pada skala tempatan tornado merupakan fenomena atmosfera yang paling membinasakan. Vorteksnya yang bergaris pusat melebihi 100 meter, berputar dengan kelajuan angin antara 150 � 500 km/j. Arah gerakan umum tornado dikawal oleh gerakan awan induk. Tornado terjadi di semua benua tetapi yang selalu berlaku ialah di Australia dan Amerika Syarikat dengan purata kejadian antara 140 � 150 setahun. Tornado terjadi sepanjang tahun dan sebarang masa dalam sehari, tetapi paling kerap semasa musim bunga pada tengah hari dan petang. Perbezaan kadang kala dibuat antara tornado siklon yang berlaku dalam peredaran siklon induk yang telah mantap terbentuk dan tornado olakan, iaitu tornado yang terjadi dengan cara lain. |