| chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Sekumpulan pelakon yang bertindak sebagai pencerita dan pengulas atau watak yang menyanyi, menari, berdikir dan berdialog dalam drama dan teater. Korus berasal daripada teater Yunani, dan terdapat dalam drama Aeschylus dan Sophocles. Biasanya, ahli korus berjumlah antara 12 ? 13 orang. Korus juga digunakan di Rom seperti yang ditemui dalam drama Seneca. Dalam teater tradisional tempatan seperti makyung, korus dikenali sebagai jong dong dang dan dianggotai antara 8 ? 10 orang. Dari aspek muzik, korus merujuk kepada sekumpulan penyanyi. Sebilangan lagu dinyanyikan secara berselang-seli oleh korus dan penyanyi solo, terutamanya dalam makyung, hadrah dan rodat. Sesetengah lagu asli menggunakan korus sebagai penegasan atau not balas kepada penyanyi solo tersebut. |
| chorus | korus | Kesusasteraan | Puisi | Paduan suara ramai penyanyi yang berperanan sebagai suara latar atau suara pengimbang kepada suara penyanyi solo, Contohnya, dalam penyampaian lagu nasyid, korus sering ditampilkan. Korus juga boleh disampaikan tanpa penyanyi solo. Contohnya, dalam menyampaikan lagu yang bernada patriotik, supaya menjadi lebih bersemangat. |
| chorus | korus | Muzik | Tiada | 2.Baris ulang dalam sebuah lagu stropik. Kedua-dua muzik dan lirik puisi dalam korus diulangi berselang-seli dengan stanza yang sering. |
| boria | boria | Muzik | Tiada | Tenter popular di Pulau Pinaog. Boria mula diperkenalkan pada abad ke-19 oleh keturunan Jawi Peranakan dan popular da lam kalangan urang Melayu. Boria terdin daripada sketsa lawak jenaka, nyanyian vokal dan tarian. Lagu dinyanyikan secara bersahut-sahutan antara tukang karang dengan korus. Korus ini juga dikenali sebagai sailors. Ensembelnya terdiri danpada biola, gambus, marwas, tabla, akordion, simbal, harmonika dan alat muzik Barat yang lain. Muziknya mengikut peredaran zaman, sementara liriknya tertumpu pada puisi, sajak dan isu semasa. |
| chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | 1. Kumpulan penari dan penyanyi yang mengambil bahagian di dalam perayaan keagamaan dan pertunjukan drama pada zaman Greek Tua. 2. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh korus. |
| kecak | kecak | Muzik | Tiada | Teater dan tarian yang berasaskan epik Ramayana di Bali. Penyanyi korus lelaki duduk secara bulatan mengelilingi beberapa penari utama. Korus lelaki tersebut menyanyi silibal cak yang diulangi rentak bertingkah-tingkah meniru jeritan monyet. |
| chorus | korus | Kesenian | Tiada | 3. Nyanyian beramai atau koir. 4. Bahagian B dalam bentuk lagu AABA atau BABA. |
| chorus | korus | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| chorus | korus | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
| chorus | korus | Kesenian | Drama dan Teater | Sekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama dalam sesuatu persembahan. |