| Organisation of Islamic Capitals and Cities | Pertubuhan Ibu Negara dan Bandar Raya Islam | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Institusi sekutu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diwujudkan untuk menguatkan ikatan persahabatan, persaudaraan dan perpaduan antara ibu negara dan bandar raya Islam dan memelihara identiti dan warisan kota-kota tersebut. |
| meaning | maksud | Kesusasteraan | Puisi | Erti yang terlekat pada sesuatu diksi, frasa, kalimat ataupun keseluruhan sebuah puisi, sama ada secara tersirat atau tersurat. Contohnya, puisi "Nafas Kemanusiaan" dan puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
| kiasan | kiasan | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang membandingkan sesuatu objek atau manusia dengan objek atau manusia yang lain. Contohnya, 'wajahnya bagai perawan dua puluh satu' dipetik daripada puisi "Kota Cinta Kota Duka" karya Ma'arof Saad. |
| city state | negara kota | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang bersifat bandar dan mempunyai kerajaan sendiri dalam menguruskan hal ehwal pentadbiran. Konsep ini berkembang pada zaman tamadun Greek sehinggalah kepada era kemunculan empayar Roman. Pada era itu, wujud beberapa negara kota yang dikenali sebagai Polis. Setiap Polis bertanggungjawab terhadap urusan hal ehwal dalaman dan juga luaran masing-masing serta mempunyai angkatan pertahanan sendiri. Majoriti masyarakat yang tinggal di negara kota mendiami kawasan pedalaman, tetapi tidak jauh dari kawasan pusat pentadbiran yang dikenali sebagai pusat sivik yang mempunyai kemudahan seperti pasar, gymnasium dan juga taman rekreasi. Struktur masyarakat negara kota terbahagi kepada beberapa lapisan yang terdiri daripada golongan pemerintah, intelektual, perwira dan juga hamba. Taraf kewarganegaraan di setiap negara kota ditentukan melalui tempat kelahiran seseorang. Selain itu, setiap negara kota juga mempunyai amalan kepercayaan, budaya dan adat masing-masing. Contoh negara kota yang pernah wujud pada zaman Gre |
| acropolis | akropolis | Kesenian | Seni Bina | Negara kota atau pusat pemerintahan pada zaman Yunani purba. Negara kota ini biasanya dibina di atas bukit dan mengandungi bangunan-bangunan penting seperti istana, kubu pertahanan, kuil berhala dan tempat perlindungan bagi warga kota. Akropolis dibina semasa kegemilangan era Mycenaea pada sekitar tahun 1400-1200 sebelum masihi. Contohnya, akropolis yang terdapat di Athens, Greek. |
| castle | kubu kota; mahligai | Sejarah | Tiada | 2. Kubu kota: Bangunan besar atau sekumpulan bangunan kepunyaan golongan bangsawan yang dibina dalam abad pertengahan untuk pertahanan diri. |
| downtown | pusat kota | Landskap | Tiada | Kawasan di tengah-tengah kota yang biasanya juga menjadi kawasan perniagaan. |
| City Council | Dewan Bandar Raya | Pentadbiran | Tiada | Badan pentadbiran kerajaan tempatan yang ditubuhkan di bawah Akta Ibu Kota Persekutuan 1960 (Akta 190), yang menjadi pusat pentadbiran bagi ibu kota persekutuan. Kriteria asas badan ini ialah hasil pendapatan tahunan melebihi RM20 juta dan jumlah penduduk melebihi sejuta orang. Dewan Bandar Raya bertanggungjawab untuk merancang, menghasilkan pendapatan dan membangunkan bandar raya tersebut. Badan ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan dibantu oleh Ahli Majlis Dewan Bandar Raya yang terdiri daripada 8 hingga 24 orang ahli. Contoh Dewan Bandar Raya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). |
| epiphora | ulang akhir | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang mengulang perkataan pada akhir baris puisi yang bertujuan untuk menegaskan maksud dan menimbulkan keseragaman rima. Contohnya, pcngulangan perkataan kola dari petikan puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonim epifora. fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota. |
| earth work | tembokan tanah | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Tebing tanah yang diperbuat daripada tanah liat atau lumpur untuk memagari sesuatu kawasan seperti kubu dan kota pemerintahan. Tembokan ini juga berfungsi sebagai dinding pertahanan. Contohnya, Kota Kayang 1 (Perlis). |