Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.mai] | کوماي

Definisi : 1. ukiran (pd perkakas kayu spt almari dll) yg timbul atau bergerigi: perbuatan ~ itu berkerawang, berbunga lawang dan berkarang-karang; 2. bingkai (bakul dll); berkumai 1. berukir dgn alur-alur (ukiran) tenggelam timbul: maka adalah perbuatan itu empat persegi, dan batu mengampar ~ spt perbuatan peterana; 2. berbingkai; mengumai mengukir kumai; mengumaikan menghiasi (sesuatu) dgn kumai; kumaian kumai: diperbuatnya ~ berkerawang spt karangan unggas rupanya; pengumaian proses mengukir (membentuk) kumai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.mai] | کوماي

Definisi : ukiran yg timbul dan bergerigi pd perkakas kayu, spt almari. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kumai


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cyma rectakumai S tegakKesenianHiasan DalamanKumai timbul yang berbentuk seperti huruf S. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah bawah.
cyma reversakumai S terbalikKesenianHiasan DalamanKumai timbul yang berbentuk seperti huruf S terbalik. Kumai ini terdiri daripada kumai melengkung keluar yang terletak di sebelah atas, dan kumai melengkung ke dalam yang terletak di sebelah bawah.
astragalkumai cembungKesenianTiadaKumai cembung: Kumai yang berbentuk separuh bulat cembung dan kecil, biasanya berukuran setengah hingga tiga perempat bulatan.
mouldingpengumaianPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses membentuk permukaan dan sisi kayu supaya lebih menarik. Bentuk yang dihasilkan termasuk kumai segi cembung, kumai segi cekung, dan kumai belah rotan. Kayu kumai banyak digunakan untuk bingkai gambar, jenang pintu dan tingkap, dan hiasan tepi meja.
hood mouldingkumai tukupKesenianSeni BinaKumai yang dipasang pada bahagian atas bukaan dinding atau pintu, yang strukturnya mengunjur keluar dari permukaan struktur tersebut. Kumai ini berfungsi untuk melindungi bahagian dalam bangunan daripada dimasuki oleh air hujan. Kumai ini telah diperkenalkan sejak era Romanesque dan semakin berkembang pada era Goth. Kumai pada era ini biasanya diperbuat daripada batu.
beakheadkumai paruhKesenianHiasan DalamanKumai perhiasan berukir dan bergulung yang terdiri daripada barisan kepala burung, kepala binatang atau kepala manusia. Kumai perhiasan ini banyak digunakan pada era seni bina Norman, abad ke-16 hingga abad ke-18. Kumai paruh terletak pada bahagian paling hadapan kapal layar yang menjulur keluar serta berfungsi sebagai pelantar untuk pelayar melaksanakan kerja penyelenggaraan jongor.
plaster mouldingkumai plasterKesenianSeni BinaKumai yang diperbuat daripada plaster, iaitu lepaan yang dihasilkan daripada campuran simen, pasir, kapur dan air. Pemasangan kumai plaster pada bangunan mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana ia lebih cantik dan kelihatan mewah. Walau bagaimanapun, kos penggunaan kumai plaster lebih mahal dan ia sukar dipasang kerana sifatnya yang rapuh dan mudah rosak.
edge finishing mouldingkumai kemasan tepiKesenianHiasan DalamanKumai yang dijadikan sebagai bahan pelindung, sama ada yang berbentuk kekal atau mudah alih. Kumai ini digunakan untuk melindungi bahagian hujung permaidani daripada uraian benang atau akibat kesan penggunaan.
drip mouldingkumai titisKesenianSeni BinaKumai yang dipasang pada bahagian atas sesuatu binaan seperti tingkap atau pintu, yang bentuknya mengunjur keluar dari permukaan struktur tersebut. Fungsi utama kumai titis adalah untuk mengelakkan air hujan daripada memasuki ruang dalam bangunan.
mouldingkayu kumaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanKayu panjang yang telah dipotong dengan menggunakan mesin kumai dan permukaannya dibentuk menjadi berbagai-bagai rupa bentuk kontur untuk tujuan hiasan. Kayu kumai banyak digunakan untuk membuat dinding, siling, perabot, dan berbagai-bagai kegunaan hiasan dalaman yang lain.
12345678910

Kembali ke atas