| layang-layang | layang-layang | Kesenian | Tiada | 1. Alat permainan daripada kertas atau gentian atau kain, berangka daripada buluh atau gentian, berkepala, bersayap, berekor dan betali teraju, terdapat dalam berbagai-bagai bentuk dan nama serta boleh diterbangkan dengan bantuan angin. |
| fly reel | kekili layang | Perikanan | Tiada | Kekili khusus yang direka untuk menggulung tali pancing pada gelendong yang tebal secara teratur dan kemas, dalam aktiviti pancing layang. Kekili layang terdiri daripada gelendong yang diapit oleh dram bulat. Kekili layang yang moden dan canggih mempunyai daya seretan yang rendah bagi mewujudkan ketegangan dan kerintangan terhadap tindak balas sentapan ikan. Kekili ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan berat. Sinonim serek layang. |
| life kite | layang-layang keselamatan | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |
| Bartholomew's kite projection | unjuran layang-layang Bartholomew | Geografi | Tiada | Tiada |
| fly-casting | lempar layang | Perikanan | Tiada | Kaedah melontar yang digunakan dalam pancing layang. Contoh lempar layang yang biasa digunakan ialah lempar pintal dan lempar belakang. |
| kelarai tinintuaian(Mur.) | kelarai tinintuaian(Mur.) | Kesenian | Tiada | Motif anyaman berunsur haiwan berbentuk burung layang-layang. |
| kite buggy | bugi lelayang | Sukan | Tiada | Kenderaan yang dibina dengan tujuan khas yang dikawal oleh layang-layang kuasa. Kenderaan ini mempunyai tempat duduk dan satu roda depan yang boleh digerakkan dan dua roda tetap di bahagian belakang. |
| daun sirih | daun sirih | Kesenian | Tiada | Motif ukiran berunsur tumbuhan berbentuk daun sirih. lazimnya diukir pada layang-layang bumbung rumah. |
| ukir layang | ukir layang | Kesenian | Tiada | Teknik mengukir dengan cara melorek untuk menghasilkan garis-garis dalam ukiran. Sinonim: ukir gores, ukir generat, ukir pidik, ukir surik. |
| lelayang | lelayang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parishia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sepul, di Sabah ialah layang-layang, dan di Sarawak ialah upi. Tiga spesies utama kayu ini ialah Parishia insignis. P. maingayi, dan P. paucijuga. Gubal kayu lelayang berwarna merah muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat. Kayu lelayang agak sukar dikerjakan, tidak berapa tahan, mudah diserang kumbang bubuk, tetapi mempunyai sifat pengeringan yang baik. kayu ini sesuai yuntuk kerja binaan ringan, lantai, alas angkut dan papan lapis. |