| thromboangiitis obliterans | tromboangiitis obliterans | Perubatan | Tiada | Penyakit yang dicirikan oleh inflamasi dan penyekatan pembuluh darah, terutamanya pembuluh darah yang terdapat pada hujung anggota tubuh, biasanya kaki. Penyakit ini akhirnya mengakibatkan iskemia dan gangren pada tisu tersebut. Penyakit ini biasanya dihidapi oleh lelaki muda. Sin: penyakit Buerger. |
| baby blue | biru muda | Kesenian | Tiada | Warna biru lembut untuk pakaian dan kelengkapan bayi lelaki (pada awalnya untuk pakaian kanak-kanak perempuan) dipopularkan oleh masyarakat Barat sejak tahun 1920. |
| amorous character | watak penggoda | Kesenian | Drama dan Teater | Peranan yang merujuk kepada watak wanita muda, cantik dan memberahikan yang menggunakan kelebihan tersebut bagi menarik perhatian watak lelaki. |
| bildungsroman | bildungstoman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud �novel pembentukan�. Liha |
| kabuki | kabuki | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k |