| coating hopper | lelompat salutan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| ground hopper | lelompat tanah | Biologi | Entomologi | Serangga Tetrix yang tergolong dalam famili Tetrigidae (order Orthoptera). Serangga ini menyerupai belalang kecil, Cuma berbeza dari segi kepaknya yang amat pendek dan ditutupi sebahagiannya atau seluruhnya oleh perisai pronotum yang besar. Kebanyakan serangga ini hidup di kawasan tropika dan sesetengah spesiesnya pula mempunyai bentuk yang ganjil dan biasanya berwarna perang. |
| apatetic | apatetik | Biologi | Ekologi | Berkaitan dengan perwarnaan tubuh sesuatu haiwan yang menyerupai keadaan fizik habitatnya untuk pertahanan diri, misalnya lelompat daun berwarna hijau kerana habitatnya ialah daun hijau. |
| trap nursery | semaian perangkap | Biologi | Patologi | Semaian perentan untuk menarik patogen untuk vektor. Apabila begitu banyak patogen sudah berkumpul di situ maka semian tersebut mudah dimusnahkan. Semaian ini boleh juga digunakan untuk membuat anggaran bilangan populasi di sesuatu kawasan. Contohnya benih padi yang digunakan untuk menarik lelompat hijau, iaitu vektor bagi virus penyakit merah. |