| model bahasa besar (LLM) | large language model (LLM) | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Model AI yang digunakan untuk memahami dan menjana bahasa tabii. Model ini dibangunkan dengan menggunakan seni bina pembelajaran mesin yang sangat kompleks dan berasaskan data atau korpus yang bersaiz besar bagi mempelajari corak bahasa, tatabahasa, fakta dunia, konteks, dan hubungan antara perkataan. Model yang dilatih ini memiliki keupayaan untuk menjawab soalan, menghasilkan kandungan, serta berinteraksi secara semula jadi dengan meramalkan perkataan atau token seterusnya berdasarkan konteks ayat. Contoh model LLM adalah ChatGPT, DeepSeek, Gemini, dan LlaMa. |
| large language model (LLM) | model bahasa besar (LLM) | Kecerdasan Buatan | Tiada | Tiada |
| low lactose milk (LLM) | susu laktosa rendah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
| bot sembang | chatbot | Kecerdasan Buatan | Komunikasi | Perisian aplikasi yang direka bentuk untuk mensimulasi dan memproses perbualan manusia, sama ada bertulis atau lisan, yang membenarkan manusia berinteraksi, bersembang atau berceloteh dengan peranti digital seolah-olah berkomunikasi dengan manusia sebenar. Walaupun tidak semua bot sembang menggunakan AI, kebanyakan bot sembang moden semakin banyak menggunakan teknologi perbualan berasaskan AI seperti pemprosesan bahasa tabii (NLP), pembelajaran mesin, dan model bahasa besar (LLM) yang membolehkan bot sembang memahami dan menjana teks atau suara untuk berbual seperti manusia berdasarkan input yang diterima. Contoh bot sembang yang popular adalah seperti OpenAI ChatGPT, Amazon Alexa, Google Assistant Gemini dan Apple Siri. Lihat juga perbualan AI. |
| AI berdaulat | sovereign AI | Kecerdasan Buatan | Etika dan Falsafah | Keupayaan sesuatu negara dalam menghasilkan dan mengurus tadbir sistem AI dengan menggunakan infrastruktur, data, sumber manusia dan rangkaian perniagaan tempatan secara bebas dan merdeka tanpa bergantung kepada sistem negara lain serta mengikut nilai kebudayaan sesebuah negara. Di Malaysia, antara usaha ke arah AI berdaulat termasuk pembangunan Kamus Kecerdasan Buatan, LLM Bahasa Melayu, Garis Panduan Kebangsaan Tadbir Urus dan Etika Kecerdasan Buatan, serta penubuhan National AI Office (NAIO). Sinonim kedaulatan AI. |