| keranji | keranji | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Dialium spp. daripada famili Leguminosea. Terdapat lebih kurang lapan spesies utama termasuk Dialium kingii, D. havilandii, dan D. maingayi. Gubal kayu keranji berwarna putih kekuningan dan menjadi coklat muda apabila terdedah, dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 755 hingga 1250 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras berat. Kayu ini sangat kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering dan boleh diserang serangga dan kulat pada bahagian gubal kayunya. Kayu ini mempunyai ketahanan semula jadi dan sukar diawet, terutamanya pada bahagian teras kayunya. Kayu keranji sesuai untuk kerja binaan berat, kemasan dalaman, papan panel, lantai parket, lantai tahan lasak, dan tiang eletrik. |
| kamap | kamap | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Strombosia spp. daripada famili Olacaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah petaling gajah, dan spesies utamanya termasuk Strombosia lucida dan S. maingayi. Gubal kayu kamap berwarna coklat kekuningan dan mudah dibezakan daripada teras kayunya yang berwarna coklat ungu atau coklat tua. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 815 hingga 1055 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan berat. Kayu kamap kuat dan mempunyai sifat ketahanan semula jadi yang baik. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sementara, lantai, tiang, dan alas angkut. |
| sentul | sentul | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Sandoricum spp. daripada famili Meliaceae. Nama tempatannya di Sabah ialah sentul hutan, dan di Sarawak ialah kelampu. Spesies kayu ini termasuk Sandoricum maingayi, S. emarginatum, dan S. koetjape. Gubal kayu sentul berwarna coklat muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, yang berwarna merah jambu. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul atau beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 435 hingga 575 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan ringan. Kayu ini sesuai untuk kerja binaan ringan dalaman, perabot dan kotak buku. |
| derum | derum | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Craxylum spp. daripada famili Hypericaceae. Nama lain di semenanjungialah beluncus, di Sabah ialah geronggang, dan di Sarawak ialah entamu. Spesies utama kayu derum ialah Cratoxylum cochinchinense, C. Formosum dan C.maingayi. Gubal kayu derum sukar berbeza daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan ira yang lurus dan bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 945 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu derum agak sukar dikerjakan dan dikeringkan, tetapi agak tahn. Kayu ini digunakan untuk kerja binaan sederhana dan berat, tiang, hulu peralatan, alas angkut, dan kotak kayu. |
| lelayang | lelayang | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Parishia spp. daripada famili Anacardiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah sepul, di Sabah ialah layang-layang, dan di Sarawak ialah upi. Tiga spesies utama kayu ini ialah Parishia insignis. P. maingayi, dan P. paucijuga. Gubal kayu lelayang berwarna merah muda, dan sukar dibezakan daripada teras kayunya yang biasanya berwarna coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 545 hingga 755 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat. Kayu lelayang agak sukar dikerjakan, tidak berapa tahan, mudah diserang kumbang bubuk, tetapi mempunyai sifat pengeringan yang baik. kayu ini sesuai yuntuk kerja binaan ringan, lantai, alas angkut dan papan lapis. |
| bekak | bekak | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Amoora spp. daripada famili Maliaceae. Nama lain di semenanjung termasuk merelang dan pasak telinga, di Sabah ialah lantupak, dan di Sarawak ialah segera. Spesies utama kayu bekak termasuk Amoora lanceolata, A. Maingayi, A. Ridleyi, A. Rubescens, dan A rubiginosa. Gubal kayu bekak berwarna seperti jerami dan amat berbeza daripada ters kayunya yang berwarna merah bata atau merah coklat. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 705 hingga 1025 kg/m3. Kayu ini mudah dikeringkan tetapi tidak mempunyai ketahanan semula jadi yang baik. Kayu bekak yang diawet sesuai digunakan untuk geladak dan lantai perahu, lantai parket dan tiang lampu, dan untuk kerja-kerja binaan ringan dan sederhana. |
| bangkal | bangkal | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai kayu Nauclea spp., Neonauclea spp., dan Ochreinauclea spp. daripada famili Rubiaceae. Nama lain di Semenanjung ialah mengkal, dan di Sarawak termasuk jengkai dan lenggaung. Spesies utama kayu ini ialah Nauclea officinalis, Neonauclea pallida, dan Oorchreinauclea maingayi. Gubal kayu bangkal berwarna lebih muda daripada teras kayunya yang berwarna kuning cerah, dan warna gubal kayu beransur-ansur bersatu dengan warna teras kayu. Teksturnya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu jenis ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 435 hingga 1000 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut hingga sederhana keras dan agak kuat. Kayu bangkal mudah diproses dan mempunyai ketahanan semula jadi yang baik, dan sesuai untuk venir, papan lapis, perabot, lantai, dan kayu alas angkut. |
| nyatuh | nyatuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Pauteria spp. dan Planchonella spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk misi, menasi, nangka-nangka, dan nyatuh nangka, dan di Sabah ialah nyatuh laut dan umas-umas. Spesies utamanya ialah Planchonella maingayi, Plan. obovata, dan Pouteria malaccensis. Gubal kayu nyatuh kuning sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna putih susu atau kuning muda.Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 880 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu sederhana keras dan berat. Kayu ini mudah dikerjakan, dan sukar dikeringkan, mempunyai ketahanan semula jadi yang rendah dan kadar kecutan yang tinggi. Kayu nyatuh kuning sesuai untuk kerja binaan sederhana, dinding, anak tangga, kayu kumai, dan papan panel. |
| nyatuh | nyatuh | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama piawai bagi kayu Palaquium spp., Ganua spp., dan Payena spp. daripada famili Sapotaceae. Nama tempatannya di Semenanjung, Sabah dan Sarawak ialah berbagai-bagai nama nyatuh. Nama lain di Semenanjung termasuk mentua taban, taban, taban merah, dan sundik, dan di Sarawak ialah jangka dan rian. Terdapat lebih 20 spesies utamanya, dan antaranya ialah Ganua curtisii, G. kingiana, Palaquium gutta, Pal. maingayi, Payena dasphylla dan Pay. lanceolata. Gubal kayu nyatuh berwarna lebih muda dan mudah dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna merah jambu atau coklat merah. Tekstur kayunya halus atau sederhana kasar, dengan ira yang lurus, bersimpul dan beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 400 hingga 1075 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringgan. Kayu ini mempunyai sifat pengeringan yang berbeza-beza mengikut spesies. Kayu yang ringan lebih mudah dikerjakan daripada kayu yang lebih berat. Ketahanan semula jadinya sederhana tetapi sukar diawet. Ka |