| hydrolysis | hidrolisis | Bioteknologi | Tiada | Pemecahan pemangkinan makro molekul atau polimer kepada unit blok binaan yang lebih kecil dengan kemasukan air, misalnya hidrolisis protein yang menghasilkan asid amino, hidrolisis karbohidrat yang menghasilkan monosakarida dan disakarida, hidrolisis asid nukleik yang menghasilkan nukleotida, dan hidrolisis lemak yang menghasilkan asid lemak dan gliserol. |
| dialysis | dialisis | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Proses pemisahan molekul kecil daripada makro molekul di dalam larutan dengan menggunakan selaput separa boleh telap. Kaedah pemisahan ini berdasarkan kadar resapan molekul pelbagai saiz yang berbeza. |
| anabolism | anabolisme | Kimia | Biokimia | Fasa metabolisme yang merangkumi proses biosintesis dan tindak balas yang memerlukan tenaga dan menghasilkan komponen-komponen sel, serta membentuk sebatian kompleks dan makro-molekul daripada pendulu yang rendah berat molekulnya. |
| dialysis | dialisis | Kimia | Biokimia | Pengasingan makro molekul daripada ion-ion atau daripada sebatian yang mempunyai berat molekul yang rendah dengan menggunakan membran separa telap yang hanya membenarkan molekul air dan molekul kecil melaluinya. |