| epidemic | epidemik | Perubatan | Tiada | Penyakit menular yang merebak dari masa ke masa, iaitu apabila kuman penyakit tersebut menjangkiti sesuatu komuniti. Keadaan ini disebut juga wabak. Bdg. endemik. |
| orbit maintenance | senggaraan orbit | Aeroangkasa | Tiada | Aktiviti senggaraan yang dijalankan dari masa ke masa bagi memastikan pesawat berada dalam orbit yang sepatutnya. |
| epilepsy | epilepsi | Perubatan | Tiada | Gangguan sementara fungsi otak yang muncul dari masa ke masa, yang dicirikan dengan satu atau lebih gejala yang berikut: tidak sedar diri, sawan, gangguan psikik atau deria dan gangguan sistem saraf autonomik. Gejala tersebut muncul akibat gangguan paroksismal aktiviti elektrik otak. Penyakit ini mungkin bersifat kongenital atau mungkin diperoleh. |
| biorhythm | bioritma | Perubatan | Tiada | Peristiwa dan tahap fungsi fisiologi yang berubah-rubah dari masa ke masa secara berkitar. |
| variable radio source | punca radio berubah | Matematik | Tiada | Punca radio yang ukuran parameternya berubah dari masa ke masa, terutama ketumpatan fluksnya. |
| asthma | asma | Kejururawatan | Tiada | Keadaan pulmonari tersekat yang dicirikan dengan serangan sesak nafas yang berulang dari masa ke masa, dan menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus dan penghasilan sekresi yang banyak. |
| asthma | asma | Perubatan | Tiada | Keadaan yang ditandai dengan serangan sesak nafas (dispnea) ataupun semput yang berulang dari masa ke masa, dan yang menghasilkan bunyi seperti siulan akibat penyempitan bronkus secara berbalik. |
| sampling control | kawal pensampelan | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah kawalan yang berdasarkan pengukuran kebezaan pemboleh ubah bebas dan pemboleh ubah terkawal yang dilakukan dari masa ke masa. |
| narcolepsy | narkolepsi | Perubatan | Tiada | Keadaan yang dicirikan dengan kecenderungan yang tidak terkawal untuk tidur, atau keadaan yang dicirikan dengan episod tidur dari masa ke masa selama beberapa minit atau beberapa jam. Keadaan ini biasanya diiringi dengan katapleksi. Sin: tidur paroksisme |
| transient thermal analysis | analisis terma fana | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Kaedah untuk mengukur perubahan suhu dan kuantiti haba bahan yang berbeza dari masa ke masa. |