| Nephelium malaiense | mata kucing (Nephelium malaiense) | Pertanian | Tiada | Tiada |
| cat eye | mata kucing | Kejuruteraan | Tiada | Kecacatan di dalam kaca, yang terdiri daripada gelembung memanjang yang mengandungi zarah benda asing. |
| serrate | serat | Herba | Botani dan Bioteknologi | Bentuk tepi daun yang bergerigi. Gerigi menghala ke atas seperti mata gergaji. Contohnya, daun misai kucing (Orthosiphon stamineus). |
| infestation | infestasi | Herba | Tiada | Keadaan herba yang dicemari serangga dan haiwan seperti rodensia. Kehadiran bulu mamalia (tikus, kucing dan lain-lain), feses dan bahagian jasad serangga merupakan bukti utama infestasi. Infestasi dikesan dengan mata kasar atau menggunakan mikroskop. Jika mengalami infestasi, bahan herba tersebut mesti dibuang dan tidak boleh digunakan dalam proses seterusnya. |
| pupil | pupil | Veterinar | Praklinikal | Bukaan tengah iris. Saiz pupil dikawal oleh otot pengembang dan otot sfinkter iris. Saiz pupil menentukan kadar cahaya memasuki mata. Bentuk dan saiz pupil berbeza mengikut spesies haiwan. Kebanyakan haiwan mempunyai pupil berbentuk bulat manakala sesetengah haiwan seperti kucing dan ular mempunyai pupil berbentuk lekah menegak. |
| hypervitaminosis | hipervitaminosis | Veterinar | Tiada | Keadaan patologi pada ternakan akibat pemberian vitamin yang berlebihan. Dalam keadaan biasa, keadaan ini jarang terjadi kecuali jika berlaku kesilapan semasa pembancuhan makanan. Tanda-tanda umum penyakit ini ialah ternakan mengalami pertumbuhan yang terencat, anemia, lemah dan kehilangan selera makan. Penyakit hipervitaminosis A terjadi pada kucing apabila ia diberi makanan yang berasaskan hati. Pada ayam, pemberian vitamin A yang berlebihan menyebabkan pertumbuhan terencat, kurang selera makan, diarea dan mata membengkak. Pengambilan vitamin D yang berlebihan pula boleh menyebabkan aras kalsium dan fosforus tinggi dalam darah dan mengakibatkan pengumpulan garam kalsium dalam saluran darah dan organ. Penyakit ini jarang berlaku pada vitamin larut air seperti vitamin B dan C kerana ia mudah dikumuhkan. |