Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mel and akan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
e-dresse-alamatTeknologi MaklumatTiadaAlamat e-mel yang unik bagi pengguna Internet. Alamat ini mengenal pasti pelayan e-mel yang akan menerima e-mel yang dikirim. E-mel tersebut akan diterima apabila pemilik alamat e-mel tersebut membuka p
electronic mail addressalamat mel elektronikTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada pengenalan pengguna yang berdaftar dengan sesuatu pelayan mel elektronik yang dikendalikan oleh sesuatu organisasi tempat pengguna itu bekerja (seperti dpb (Dewan Bahasa dan Pustaka), ukm (Universiti Kebangsaan Malaysia), dan lain-lain), atau organisasi perniagaan/bebas (seperti yahoo, mimos, tmnet dan lain-lain). Alamat mel elektronik (atau e-mel) berbentuk seperti berikut: @mel> Contohnya, arh@dbp.gov.my bermaksud pengguna arh berdaftar dengan pelayan e-mel yang nama domainnya ialah dbp.gov.my. Pelayan e-mel akan menyediakan fail kotak e-mel yang saiznya bergantung kepada sesuatu organisasi (contohnya 1MB atau lebih) untuk menyimpan e-mel yang diterima, dihantar keluar ataupun disimpan oleh pengguna tersebut.
listservlistservTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi senarai mel elektronik yang dibangunkan pada pertengahan tahun 1980-an untuk tujuan tertentu oleh sekumpulan pengguna. Listserv akan mengimbas pesanan mel bagi perkataan “subscribe” (melanggan) dan “unsubscribe” (tarik diri pelangganan) untuk mengemas kini senarai ahli secara automatik. Apabila seorang pelanggan hantar mel kepada senarai mel ini, seluruh ahli akan menerimanya. Contoh aplikasi yang sama adalah seperti Yahoo Groups Mail.
mailing listsenarai melTeknologi MaklumatTiadaSatu kumpulan pengguna e-mel yang boleh dirujuk dengan satu nama sepunya. Apabila pengguna menghantar mesej kepada suatu senarai mel, semua ahli akan menerima mesej yang sama.
e-mail harvestingpungutan e-melTeknologi MaklumatPerisianProses automatik yang menggunakan perisian bot untuk menggelintar alamat e-mel yang terdapat pada laman web. Kemudian, alamat e-mel ini dipungut dan diletakkan ke dalam pangkalan data yang akan digunakan untuk menghantar e-mel yang tidak diminta.
listserv groupkumpulan listservTeknologi MaklumatTiadaKumpulan yang meminta supaya nama mereka dimasukkan ke dalam senarai mel. Permintaan dihantar ke atur cara listserv. Selepas langganan, mesej e-mel yang diterima oleh atur cara listserv akan dihantar kepada semua pelanggan.
official seallabel rasmiPentadbiran PerniagaanTiadaLabel berbentuk seakan-akan setem yang ditampal ke atas mel yang terkoyak semasa transit.
loading cabinetkabinet salurPentadbiran PerniagaanTiadaTempat yang seakan-akan kabinet yang bersaluran untuk menyalurkan bungkusan atau mel ke bahagian lain.
ransom attackserangan tebusanTeknologi MaklumatPerisianSerangan yang berlaku dengan menyertakan suatu atur cara atau fail pada mesej e-mel yang dihantar kepada mangsa. Sekiranya mangsa melaksanakan atur cara yang disertakan, atur cara tersebut akan menyulitkan beberapa fail dalam komputer mangsa. Kemudian, nota tebusan akan diberikan kepada mangsa. Akibatnya, mangsa tidak dapat membuka fail yang disulitkan tanpa mengetahui kekunci nyahsulit yang betul. Walau bagaimanapun, setelah wang tebusan dibayar penggodam mungkin akan menghantar atau tidak menghantar kekunci nyahsulit tersebut kepada mangsa. Serangan tebusan yang pertama telah dapat dikesan pada tahun 1989 yang dikenali sebagai PC Cyborg Trojan. Sejak tahun 2005, bilangan serangan telah meningkat seperti Gpcode, TROJ.RANSOM.A, Archiveus, Krotten, Cryzip dan MayArchive.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi Maklumate-KesihatanIdentifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti.
12

Kembali ke atas