Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.bu] | ملابو

Definisi : 1. spt labu bentuknya (bkn perut), gendut, buncit; 2. menjaram atau memupuk kepala (orang sakit) dgn labu; 3. = memperlabu mempermain-mainkan dgn kata­kata yg manis, memperolok-olokkan, memperdayakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bu] | ملابو

Definisi : 1 menyerupai labu (bkn perut dsb); membuncit. 2 ki mempermain-mainkan dgn kata-kata yg manis; menipu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melabu


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dungundungunPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Heritiera littoralis daripada famili Sterculiaceae. Nama lain di Sabah ialah dungun laut dan melabu. Gubal kayu dungun berwarna coklat muda atau coklat kemerahan, dan berunsur-unsur bersebati dengan teras kayunya yang berwarna coklat merah atau coklat tua. Tekstur kayunya agak halus dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 785 hingga 1170 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang amat keras dan berat. kayu dungun kuat, sukar dikerjakan, lambat mengering, dan mempunyai ketahanan. Kayu ini digunakan untuk struktur binaan sederhana dan berat; dan sebagai kayu cerucuk, tiang, lantai tahan lasak, hulu perkakas, dan sampan.
mengkulangmengkulangPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Heritiera spp. daripada famili Sterculiaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah jambu keluang dan melima;di Sabah ialah kambang; dan di Sarawak ialah melabu. Spesies utamanya termasuk Heritiera albiflora, H. aurea, dan H. borneensis. Gubal kayu mengkulang biasanya berwarna lebih muda, dan kurang berbeza daripada teras kayunya yang berwarna merah atau coklat kemerahan. Tekstur kayunya halus dengan ira yang lurus atau bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 625 hingga 895 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah dikeringkan dan diawet, tetapi tidak berapa tahan apabila terdedah, dan mudah diserang kumbang Lyctus. Kayu ini sesuai digunakan untuk papan lapis, lantai, hiasan dalaman, dan perabot.

Kembali ke atas