| mail order advertising | pengiklanan pesanan pos | Komunikasi | Korporat | Pengiklanan yang dilakukan sepenuh- nya melalui pos. Maklumat mengenai barangan atau perkhidmatan diedarkan secara pos yang disertakan dengan panduan tempahan dan pembayaran. Maklumat ini boleh dalam bentuk katalog atau risalah. Kaedah pengiklanan ini biasanya dilakukan oleh syarikat besar yang berwibawa dan dipercayai oleh khalayak. Jenis barangan atau perkhidmatan yang kerap diiklankan ialah barangan kecantikan, buku, atau barangan khusus seperti alat keperluan rumah yang tidak dipasarkan melalui kaedah penjualan yang lain. Contoh perkhidmatan yang diberikan pula ialah khidmat bimbingan pelajaran dan khidmat membaik pulih peralatan. Kebaikan kaedah pengiklanan ini ialah pelanggan boleh mendapatkan barangan atau perkhidmatan secara langsung daripada pembekal. |
| ornithine | ornitin | Kimia | Biokimia | Asid amino yang aktif optik dan tidak terdapat di dalam protein, tetapi merupakan bahan perantara penting dalam sintesis urea. Asid ini terbentuk daripada glutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan atau daripada N-asetilglutamik-?-semialdehid melalui pentransaminaan yang diikuti oleh pendeasetilan. Bentuk (L)nya menghablur daripada alkohol-eter dan larut di dalam air atau alkohol. Bentuk (DL)nya menghablur daripada air dan larut sedikit di dalam alkohol. Asid ini digunakan dalam penyelidikan biokimia dan dalam ubat-ubatan. |
| reveal knowledge | pengetahuan wahyu | Pendidikan | Tiada | Ilmu yang diturunkan oleh Tuhan melalui orang perantaraan tertentu yang dipilih-Nya untuk disampaikan kepada masyarakat umum. |
| wait order | iklan tunggu masa | Komunikasi | Korporat | Kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan bagi memenuhi sesuatu strategi syarikat pengiklanan. Melalui kaedah ini, penyiaran atau penerbitan iklan tidak dilakukan sehingga mendapat kebenaran untuk meneruskan atau menghentikan penerbitan atau penyiaran nya. Kaedah ini dilakukan disebabkan oleh beberapa kemungkinan utama, Pertama, sekiranya syarikat ingin membuat penjenamaan semula syarikat dan barangannya, sedangkan iklan tersebut telah disediakan lebih awal, maka penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan perlu ditangguhkan sehingga pihak syarikat mendapat sesuatu ketetapan berkaitan dengan strategi pengiklanan syarikat. Jenis ketetapan boleh dalam bentuk mengubah suai iklan yang sedia ada supaya dapat memenuhi keperluan semasa atau membatalkan penyiaran dan penerbitan iklan berkenaan. Kedua, sekiranya syarikat berada dalam keadaan bermasalah, maka kaedah menangguhkan penyiaran atau penerbitan iklan sedemikian akan dilakukan. |
| point-to-point protocol(PPP) | protokol titik-ke-titik(PPP) | Teknologi Maklumat | Tiada | Kaedah yang paling popular untuk memindahkan paket protokol Internet (IP) antara pengguna dengan pembekal perkhidmatan Internet (ISP) melalui pautan bersiri. Protokol ini dibangunkan pada tahun 1994 oleh pasukan petugas kejuruteraan Internet (IETF) yang akhirnya menggantikan protokol Internet talian bersiri (SLIP). PPP mewujudkan sesi antara komputer pengguna dengan ISP melalui LCP-nya sendiri. PPP menyokong PAP, CHAP dan protokol-protokol pengesahan lain seperti pemampatan dan penyulitan. Sinonim protokol kawalan berpaut |
| saw-u | saw-u | Muzik | Tiada | Alat muzik tradisional Thailand yang diklasifikasikan sebagai kordofon yang digesek. Saw-u mempunyai badan berbentuk hati yang diperbuat daripada tempurang kelapa. Alat muzik ini mempunyai sebatang leher yang panjang melalui badannya. Penggesek dimasukkan antara dua tali. Picnya lebih rendah daripada alat muzik saw-duang. |