| super saturated solution | larutan lampau tepu | Kimia | Tiada | Larutan yang mengandungi kepekatan zat terlarut yang lebih tinggi berbanding dengan larutan tepu pada suhu yang sama. Larutan sedemikian diperoleh apabila larutan tepu yang mengnandungi zat trlarut yang berlebihan pepejal dipanaskan sehingga semua zat terlarut melarut. Larutan disejukkan dengan pelahan-lahan. Zat terlarut dapat dihablurkan daripada larutan lampau tepu secara pembenihan, penggoncangan atau pengoresan bekas. |
| leaching | melarut lesap; pengurasan | Kejuruteraan | Tiada | 1. Melarut keluar galian atau logam boleh larut daripada bijih, misalnya dengan menggunakan larutan penelus seperti larutan sianida atau klorin, asid atau air.,2. Membuang garam-garam daripada tanah atas oleh air bebas garam. |
| saturated solution | larutan tepu | Kimia | Tiada | Larutan yang mengandungi amuaun zat terlarut paling meksimum dalam keseimbangan pada suhu tertentu. Larutan tepu disediakan dengan menambahkan zat terlarut kepada pelarut yang mempunyai jisim tertentu sehingga zat terlarut tidak melarut. Kepekatan larutan tepu merupakan keterlarutan zat terlarut di dalam pelarut tersebut. |
| heat of solution | haba larutan | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Haba yang diserap atau dihasilkan apabila gas atau pepejal melarut di dalam satu mol pelarut. Haba larutan berdasarkan satu mol bahan melarut yang dijelaskan sebagai (rujuk m/s 85) dengan DH = haba larutan (J/mol), DH = kesan haba (J/mol), x1 = mol bahan pelarut per mol larutan. |
| enthalpy of solution | entalpi larutan | Kimia | Tiada | Perubahan entalpi apabila satu molekul melarut di dalam amaun pelarut yang ditetapkan. |
| solubility equilibrium | keseimbangan keterlarutan | Kimia | Kimia Analisis | Keadaan apabila kadar zat terlarut tulen melarut sama dengan kadar zat tersebut keluar dari larutan. Zat terlarut mungkin terdiri daripada pepejal, cecair, atau gas. |
| acid rain | hujan asid | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Hujan yang mengandungi larutan asid nitrik, asid sulfurus atau asid sulfurik apabila oksida nitrogen dan oksida sulfur dalam atmosfera melarut di dalam lembapan atmosfera. |
| white liquor | likuor putih | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Larutan likuor pemasak yang terdiri daripada natrium sulfida, Na2S dan natrium hidroksida, NaoH yang digunakan dalam proses mempulpa cara Kraft. Likuor ini akan melarut dan mengeluarkan sebatian lignin dan likuor hitam, dan seterusnya mengasingkan gentian-gentian kayu. |
| Ostwald ripening | pematangan Ostwald | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Pelarutan hablur kecil apabila terdapat hablur besar di dalam larutan dan hablur besar akan terus membesar sehingga kesemua hablur kecil pupus. Ini berlaku kerana tenaga permukaan hablur yang kecil adalah tinggi dan terpaksa melarut untuk mengimbangkan tenaga permukaan sistem. |
| Eyring hole theory | teori lubang Eyring | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Teori yang menerangkan fenomena resapan bukan elektrolit ke dalam larutan yang cair dengan anggapan bahawa cecair yang cair bersifat unggul yang terdiri daripada kekisi kuasihabluran yang mengandungi lubang. Resapan molekul berlaku apabila bahan yang melarut melompat dan memenuhi lubang dalam sistem kekisi. Dengan ini, resapan dijelaskan sebagai proses ekamolekul dan kadar resapan boleh dihubungkan dengan teori kadar tindak balas Eyring. |