| tear | koyak | Perubatan | Tiada | Melukakan atau mencederakan secara menarik dengan kuat. |
| tattooing | cacah | Agroteknologi | Tiada | Kaedah menanda ternakan ruminan dengan cara melukakan kulit telinga ternakan dengan jarum. |
| أرش الموضحة | ganti rugi mudihaṯ | Agama Islam | Fiqh | Kadar bayaran yang dikenakan akibat dari kesalahan melukakan seseorang (bahagian kepala). |
| bacterial actinophytosis | aktinofitosis bakteria | Perubatan | Tiada | Penyakit akibat infeksi bakteria Actinomyces, bercirikan sinus-sinus berganda dan melukakan kulit. |
| sarcasm | sindiran | Kesusasteraan | Tiada | Perkataan yang digunakan (diucapkan) untuk mengata orang lain secara tidak berterus terang. Kata-kata biasanya berbentuk kejian, ejekan, celaan, mengandungi kata-kata yang pahit, tajam dan melukakan. Sakarsme ialah bentuk ironi yang amat melampau bertujuan untuk menyakitkan perasaan orang lain. Unsur sindirin ditemui dalam semua genre sastera. Dalam budaya Melayu, sindiran ditemui dalam bentuk perumpamaan atau tamsilan. Lihat juga ironi. |
| combatant | penempur | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Orang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang. |