| trail shot | hantar seret | Sukan | Tiada | Hantaran bol yang menyentuh jek dan membawanya jauh dari kepala. |
| civilisation wave | gelombang tamadun | Sejarah | Tiada | Arus perubahan yang melanda sesuatu tamadun yang membawanya ke arah peningkatan atau kemajuan yang lebih tinggi. |
| lethal mutation | mutasi maut | Biologi | Genetik | Mutasi yang menyebabkan kemautan pramatang organisma yang membawanya. Kemautan dominan membunuh individu heterozigus sementara kemautan resesif hanya membunuh yang homozigus. |
| lateral sewer | pembetung sisi | Kejuruteraan | Tiada | Pembetung yang digunakan untuk mengumpul air sisa daripada pembetung bangunan dan membawanya ke pembetung utama. |
| transshipment | punggahan sementara | Kejuruteraan Automotif | Tiada | Pemunggahan muatan daripada kapal untuk disimpan di satu tempat di pelabuhan, sementara menunggu kapal lain membawanya ke destinasi sebenarnya. |
| silting | pelodakan | Pertanian | Tiada | Pemendapan sedimen, yang dibawa oleh air, di sungai, tasik, reservoir atau kawasan paya biasanya disebabkan oleh pengurangan halaju air yang membawanya. |
| heat transfer | pemindahan haba | Kimia | Tiada | 1. Pergerakan haba dari satu jasad ke jasad yang lain melalui kaedah sinaran, olakan ataupun konduksi.,2. Penyerapan haba oleh medium bendalir yang membawanya daripada sumber haba dan membebaskannya, sama ada ke udara atau ke cecair lain. |
| hawser bend | ikatan tali ulup | Perikanan | Tiada | Ikatan yang digunakan untuk menyambungkan dua hujung tali. Ikatan tali ulup dibuat dengan membelit hujung tali beberapa kali di sekeliling hujung tali satu lagi yang pasif dan membawanya balik ke arah asal. Hujung tali yang pasif kemudiannya dibelit dan dimasukkan ke dalam gelung tali yang pertama dan kedua-dua hujung tali ditarik ketat. |
| latent instability | ketakstabilan pendam | Sains | Hidrometeorologi | Keadaan bahagian turus udara yang tak stabil secara bersyarat yang berada atas dari aras olakan bebas. Ketakstabilan pendam dilepaskan hanya jika denyutan awal pada suatu kompok memberikannya tenaga kinetik yang cukup untuk membawanya melalui lapisan bawah aras olakan bebas, yang keadaan persekitaran di dalamnya adalah lebih panas daripada kompok tersebut. |
| lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Genre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping |