Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1. mengisi (memuatkan) penuh­-penuh: air paip itu dibiarkan ~ baldi itu; 2. memadai, memuaskan, mencukupi: mengapa aku tidak dapat ~ hasrat hatinya?; pemohon-pemohon dijemput mengemukakan permohonan bagi ~ jawatan guru; 3. memuaskan permintaan dll, menyampaikan harapan dll, mengabulkan: sekadar ~ permintaan yg berulang-ulang diucapkan itu; 4. menjalankan (kewajiban dll), menepati (janji dll), me­nunaikan, menyempurnakan: kita yakin tuntutan-tuntutan yg dua lagi itu pasti akan dipenuhi jua seterusnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.me.nu.hi] | ممنوهي

Definisi : 1 masuk atau dimasukkan ke dlm sesuatu sehingga penuh: Berita ttg peperangan di Vietnam ~ halaman kedua surat khabar hari ini. 2 mencapai sesuatu yg diperlukan; meluluskan atau menyampaikan permintaan dll; menunaikan; mengabulkan: Baginda tidak dpt ~ syarat-syarat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
penuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan berisi: tepu, padat, pepak, mampat, tumpat, sarat, pejal, rapat, ketat, sendat, lejuh, merepuh,
Berantonim dengan kosong

2. Bersinonim dengan banyak: sesak, sakan, bertimbun-timbun, berlebihan, melimpah, melaut, lebat, rendang, merenduh, berkelun-kelun, berkepul-kepul, bergumpal-gumpal, rapat, tebal, rimbun, belanar, jenuh,
Berantonim dengan sedikit

3. Bersinonim dengan lengkap: cukup, sempurna, memadai, genap, tuntas,
Berantonim dengan kurang

4. Bersinonim dengan ramai: banyak, berduyun-duyun, berpusu-pusu, berasak-asak, bersesak-sesak, berbondong-bondong, terpermanai, berjuak-juak,
Berantonim dengan sedikit

Kata Terbitan : sepenuhnya, memenuhi, memenuhkan,

Peribahasa

Kalau tiada emas sepiak,
     kerja di mana boleh jadi.

Bermaksud :

Orang yang miskin dan lemah tentulah tidak berdaya untuk memenuhi maksud hatinya. sepiak = seketip, sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
istifa' haqqmemenuhi hakPerniagaan IslamTiadaTindakan memenuhi dan menikmati hak yang sepatutnya diperoleh bagi tujuan sesuatu akad. Hak yang dimaksudkan ialah kekuasaan menikmati faedah atau manfaat yang dibenarkan oleh syarak untuk dinikmati serta menepati kehendak sesuatu akad. Tindakan memenuhi hak biasanya wujud di pihak yang menerima tawaran. Contohnya, dalam akad sewaan barang, penyewa sewajarnya dapat menikmati haknya sebagai penyewa sebelum pembayaran sewa dilakukan. Penikmatan faedah barang sewaan merupakan syarat utama bagi pembayaran sewa. Sekiranya faedah barang sewaan tidak dapat dinikmati, sewa tidak perlu dibayar.
gummosisgumosisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanPermusnahan sel, sama ada separa atau sepenuhnya, yang diikuti dengan pembentukan gam yang memenuhi rongga, dan kadangkala memenuhi lumen sel yang berhampiran.
morainal laketasik morainGeologiTiada1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier.,2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh pemendapan glasier.,3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar oleh hakisan glasier.,4. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk oleh runtuhan bahan basuhan keluar yang mengelilingi jisim ais bergenang.
sustainable developmentpembangunan mapanSosiologiTiada2. Pembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
sustainable developmentpembangunan mapanPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPembangunan yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa menjejaskan keupayaan generasi masa depan untuk memenuhi keperluan mereka.
acceptance testingujian penerimaanTeknologi MaklumatTiadaProses menilai atau menentukan sama ada sesuatu perisian yang dibangunkan memenuhi keperluan pengguna atau perkakasan yang diperoleh memenuhi spesifikasi seperti dalam kontrak pembelian. Pengujian penerimaan akan dijalankan oleh pengguna sendiri ataupun pihak ketiga yang berkelayakan. Setelah ujian penerimaan berjaya, perisian atau perkakasan yang telah diserahkan boleh ditauliahkan.
sustainable developmentpembangunan mampanPentadbiranPentadbiran Awam

Usaha pembangunan menyeluruh dan bersepadu yang dilakukan untuk memenuhi keperluan kehidupan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan. Pembangunan mampan mencakupi pembangunan fizikal, kestabilan politik, kesejahteraan sosial, kualiti alam sekitar dan kekukuhan ekonomi dalam konteks untuk meningkatkan taraf dan kualiti kehidupan rakyat. Dalam erti kata lain, pembangunan mampan menjamin perkembangan positif dalam semua aspek kehidupan.

glacial laketasik glasierGeologiTiada1. Tasik yang memperoleh airnya dari peleburan ais glasier. 2. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk melalui pengendapan glasier. 3. Tasik yang memenuhi lembangan yang terbentuk di batuan dasar melalui hakisan glasier.
plan amendment1. pemindaan pelan 2. pemindaan rancanganAlam BinaTiada1. Proses meminda kandungan sesuatu pelan untuk memenuhi keperluan Tertentu 2. Proses meminda kandungan sesuatu rancangan untuk memenuhi keperluan tertentu.
deficiency needskeperluan kuranganPsikologiPsikologi UmumSesuatu keadaan yang mendorong individu untuk bertindak bagi memenuhi satu keperluan sahaja dan biasanya tidak akan melebihi kekurangan tersebut. Contohnya, keperluan terhadap makanan akan menyebabkan individu bertindak untuk mendapatkan dan memenuhi keperluan itu sahaja.
12345678910...

Kembali ke atas