| self-assertion | penegasan diri | Komunikasi | Korporat | Keupayaan untuk mempamerkan keyakinan diri semasa proses komunikasi. Kesungguhan untuk mempamerkan keterampilan diri ialah sifat asas yang perlu ada dalam diri seseorang terutama ketika melakukan pemujukan dalam proses komunikasi. Kerja yang berkaitan dengan pemujukan banyak diamalkan oleh pegawai penerangan dan perubahan. Contohnya, pegawai penerangan dan perubahan perlu yakin dengan maklumat yang hendak disampaikan dan kemampuan yang ada pada dirinya sebelum melakukan kerja penerangan dan pemujukan kepada orang ramai. Hal ini kerja kedua-dua elemen ini boleh membentuk sifat penegasan diri yang seterusnya boleh menyebabkan khalayak yakin dan percaya dengan maklumat yang disampaikan. |
| digital display | paparan digital | Komputer | Tiada | 1. Paparan yang menggunakan nombor untuk mempamerkan sesuatu nilai. Paparan ini berlawanan dengan paparan analog yang menggunakan pembahagian skala atau penunjuk lain. 2. Paparan yang dapat mempamerkan data atau gambar melalui kaedah pemprosesan isyarat digital. |
| bait advertising | pengiklanan umpanan | Komunikasi | Korporat | Strategi pengiklanan yang bertujuan untuk menarik perhatian khalayak supaya membeli barangan atau perkhidmatan yang menggunakan sesuatu daya penarik. Jenis daya penarik adalah pelbagai seperti mempamerkan kemahiran dan bakat. Contohnya, mempamerkan bakat silap mata untuk menarik perhatian khalayak terhadap barangan yang dijual, sehingga -lah mendemonstrasikan kehebatan prestasi barangan seperti alat permainan kanak-kanak. Melalui strategi ini, khalayak akan terdorong dengan kehebatan barangan yang dipamerkan dan seterusnya akan membeli barangan atau perkhidmatan tersebut. |
| symptomatic | bergejala | Perubatan | Tiada | Perihal mempamerkan atau menunjukkan gejala atau tanda, terutamanya sesuatu penyakit yang tidak menyenangkan. |
| display | /peraga(an) | Kesenian | Tiada | 1. Mempamerkan barang-barang untuk dilihat oleh pengguna. |
| art exhibition | pameran seni | Kesenian | Tiada | Perihal mempamerkan karya-karya seni kepada orang ramai. |
| reopexy | reopeksi | Farmasi | Tiada | Sifat cecair yang mempamerkan penebalan ricih berbalik. Contohnya, pengemblian konsistensi cecair apabila ketegasan ricih dihentikan. |
| radioactive | radioaktif | Kejuruteraan | Tiada | Berkenaan dengan keradioaktifan atau mempamerkan keradioaktifan. |
| facia panel | panel facia | Kesenian | Tiada | Panel yang mempamerkan maklumat penting tentang sesebuah pesawat. |
| electric board | papan elektrik | Pendidikan | Tiada | Papan yang mempamerkan soalan bahan pendidikan, latihan dan tunjuk cara, dan mempunyai litar elektrik untuk menandakan jawapan betul melalui lampu dan loceng. |