Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.muh] | منچموه

Definisi : mengejek, mencela, menghina: masyarakat akan ~nya; wanita yg nampaknya dicemuhkan itu sebenarnya disukainya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.muh] | منچموه

Definisi : menuturkan kata-kata yg keji utk tujuan mengejek atau menghina; mengejek; menghina: Orang yg sombong itu selalu ~ orang miskin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemuh


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cynicalsinisKesusasteraanPuisiGaya pengucapan penyair untuk melahirkan unsur mengejek, mencemuh, memalukan atau mempersenda sesuatu atau seseorang. Walaupun unsur tersebut disampaikan dalam suasana bersahaja atau tersenyum, namun apabila dibacakan, kesannya kepada khalayak cukup ketara. Contohnya, puisi "Pak Kaduk Kembali ke Gelanggang" dalam antologi Puisi Sepanjang Zaman karya A. Wahab Ali.
cynicismsinisismeKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi unsur dan maksud menyindir, mengejek atau mencemuh seseorang.
travestyburles rendahKesusasteraanTiadaTulisan yang dihasilkan melalui gaya atau stail atau cara mengejek bertujuan mempersenda, mencemuh sifat kaum bangsawan atau orang-orang berkedudukan tinggi.

Kembali ke atas