Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.kan.kan] | منکنکن

Definisi : 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ne.kan.kan] | منکنکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk menekan; menindihkan sesuatu: Dia ~ kakinya ke leher perompak yg sedang terbaring itu. 2 mengucapkan kata-kata dgn keras; mengeraskan suara utk menegaskan sesuatu: Dia ~ bahawa dia tidak mengambil barang itu. 3 memberikan keutamaan kpd; mengutamakan: Ketua Pengarah ~ kepentingan bahasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tekan
Kata Terbitan : bertekan, menekan, menekankan, tertekan, tertekan-tekan, tekanan, penekanan, penekan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
administrative Platonismfaham pentadbiran PlatoPentadbiranPentadbiran Awam

Paradigma yang mempercayai bahawa pentadbiran awam seharusnya menekankan piawai etika yang tinggi sebagai mengimbangi kuasa birokratik. Paradigma ini dipelopori oleh Paul Appleby. Beliau menggariskan lima prinsip moral pentadbir awam iaitu, (i) memiliki perasaan bertanggungjawab (ii) kemahiran berkomunikasi dan mentadbir sumber manusia (iii) berkeupayaan untuk memantap dan menggemblengkan sumber institusi (iv) bersedia untuk menghadapi sebarang masalah serta bekerja dengan pihak lain sebagai satu pasukan dan (v) mempunyai keyakinan yang tinggi bagi memperkenalkan idea baru. Paradigma ini juga menekankan bahawa pentadbir yang berwibawa jarang menggunakan kuasa birokrasi secara tegar sebagai jalan keluar bagi menyelesaikan sesuatu masalah.

liberalismliberalismePendidikanTiadaFalsafah yang menekankan kebebasan berfikir dan bercakap.
dekorumketertibanKesusasteraanTiadaPrinsip yang menekankan pentingnya komponen sesebuah karya sastera saling berpadanan antara satu sama lain. Contohnya, isi, bentuk, watak, latar, aksi dan gaya. Prinsip ini bertolak daripada teori klasik Yunani dan Romawi yang mewujudkan hierarki bagi jenis tulisan serta gaya yang sepadan dengannya. Umpamanya, tragedi dan epik yang dianggap bentuk sastera yang tinggi hanya wajar memperkatakan perkara yang serius, berlegar pada watak raja, orang bangsawan atau mereka yang mempunyai kedudukan penting sahaja dengan menggunakan bahasa yang tinggi dan halus. Sebaliknya, komedi yang dianggap sebagai bentuk sastera yang rendah perlu menggarap permasalahan yang sederhana dan lucu, memaparkan watak orang biasa atau bawahan dengan menggunakan bahasa harian yang kasar. Namun, prinsip ini telah ditentang oleh kebanyakan pengarang. Pengarang berasakan mereka lebih bebas berkarya dan memanfaatkan bentuk dan gaya yang berbeza dalam karya mereka. Ketertiban berasal daripada bahasa Latin decorum bermaksud �yang sesuai�. L
psychographypsikografiKesusasteraanTiadaFrasa yang menekankan kepentingan kehidupan penulis pada hasil karyanya. Pengamal bidang ini digelar psikografer yang membuat kajian terperinci untuk mendapat maklumat mengenai pengaruh kehidupan yang dilalui penulis terhadap hasil karyanya. Istilah ini diaplikasikan oleh George Saintsbury kepada Sainte-Beuve yang menggelarkan dirinya sebagai naturalis kerohanian. Psikografi berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud �penulisan mengenai kerohanian�. Lihat juga jargon.
pragmatismpragmatismeKesusasteraanPuisiPuisi yang menekankan pentingnya kesan dan nilai-nilai praktis. Puisi ini menggambarkan tentang persahabatan dalam pergaulan yang akan memberi nilai-nilai hidup yang berguna. Contohnya, puisi "Sahabat" karya Rahman Shaari. Kini di sini aku berdiri dengan kaki peribadi sendiri pertcmuan singkat denganmu, sahabat menghadiahkan padaku makna hakikat.
radiobiologyradiobiologiKejuruteraanTiadaCabang sains yang menekankan kesan sinaran terhadap sistem biologi dan kajian kelakuan bahan radioaktif dalam hidupan.
extremismfaham pelampauSejarahTiadaFahaman yang menekankan persoalan yang radikal, tidak akan berkompromi atau bertolak ansur dengan mana-mana pihak, berpegang teguh kepada amalan dan kepercayaan dan agak melampau dalam tindakannya.
radiobiologyradiobiologiKejuruteraanTiadaCabang sains yang menekankan kesan sinaran terhadap sistem biologi dan kajian kelakuan bahan radioaktif dalam hidupan.
Shaker furnitureperabot shakerKesenianTiadayang menekankan aspek ketulenan sesuatu rekaan, keringkasan, penggunaan yang praktikal dan mutu pembuatan yang tinggi dengan mengekalkan kemasan permukaannya yang semula
nativismnativismePendidikanTiadaCabang falsafah yang menekankan bahawa idea wujud dalam diri individu secara semula jadi dan berkembang semasa kematangan intelektual seseorang.
12345678910...

Kembali ke atas