Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.bat] | مڠوبت

Definisi : 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. menghibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,

Puisi
 

Duduk di dapur membakar inggu,
     Hendak mengubat sawan budak;
Sawah berlumpur lagi kutunggu,
     Inikan pula padi dah masak.


Lihat selanjutnya...(19)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sleeper treatment depotdepoh mengubat kayu landasKejuruteraanTiadaTiada
radiotherapyradioterapiKejuruteraanTiadaKaedah mengubat penyakit dengan menggunakan sinar x atau bahan radioaktif, seperti radium dan lain-lain.
antipsoriaticantipsoriatikPerubatanTiadaAgen yang berkesan untuk mengubat penyakit psoriasis.
jampijampiKesusasteraanPuisiPuisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah,
antimalarialantimalariaPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah atau mengubat penyakit malaria.
antileproticagen antikustaPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah atau mengubat penyakit kusta
antirabicagen antirabiesPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah atau mengubat penyakit rabies atau penyakit anjing gila.
antituberculousagen antituberkulosisPerubatanTiadaAgen yang dapat menghalang atau mengubat penyakit tuberkulosis.
antisyphiliticagen antisifilisPerubatanTiadaAgen yang dapat mencegah atau mengubat penyakit sifilis. Sin: antileutik
eucalyptuskayu putih)GeografiTiadaSejenis pokok berbau busuk yang mengeluarkan minyak yang boleh mengubat penyakit lelah.

Kembali ke atas