Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1. meminta kembali (barang yg telah diberikan dll); 2. meminta supaya dijelaskan hutang, menagih; 3. menuntut (janji). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1. = menunggui menjaga supaya selamat (rumah, orang sakit, dll), mengawasi: rumah itu tidak ditunggu orang; 2. menanti (ketibaan orang, berlakunya atau berlang-sungnya sesuatu dll), menyambut atau menyongsong (tetamu): dia ~ kepulangan anak­nya di muka tangga; 3. = menunggukan ark bersabar menanti sesuatu yg akan berlaku, menantikan: pokok getah itu hen-daklah ditunggu sehingga tujuh tahun barulah boleh ditoreh; 4. = menunggui menduduki, mendiami, menghuni, tinggal di: harimau yg dijumpai mereka itu ialah jin kuning yg ~ kaki bukit selekoh tiga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : ruang ~ ruang tempat menanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nung.gu] | منوڠݢو

Definisi : 1 men­jaga supaya selamat (ttg rumah, orang sakit dll): Sudah dua malam ia tidak tidur kerana ~ anaknya yg sakit itu. 2 menanti ketibaan sesuatu (spt tetamu, kereta api): Sudah lama ia ~ kereta api tetapi belum juga sampai. ~ masa menanti hingga tiba masanya. 3 mendiami atau menduduki sesuatu tempat: Sudah lima tahun ia ~ pondok itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Apa guna dayung direngkuh,
     Perahu payang kayu meranti;
Apalah guna menunggu tumbuh,
     Yang hilang belum pun berganti.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

43

A bird in the hand is worth two in the bush

Sesuatu yang sudah dimiliki adalah lebih baik. Oleh itu, jangan dikejar sesuatu yang meskipun lebih baik tetapi belum pasti kita mendapatnya kerana takut-takut yang ada terlepas pula.

Gajah memamah aris, baik diikat kera kecil yang memakan buah kayu

We decided simply to accept the offer even though it was not what we expected. People said that we might get better offers if we waited a little longer, but a bird in the hand is worth two in the bush. Since the economy was in a bad shape, it was unwise

Kami memutuskan untuk menerima sahaja tawaran itu meskipun tidaklah seperti yang kami harapkan. Kata orang, kemungkinan ada tawaran yang lebih baik jika kami menunggu sedikit masa lagi, tetapi kami tidak mahu gajah memamah aris, baik diikat kera kecil y

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
waiting linebaris menungguPentadbiranTiadaBaris pelanggan yang menunggu untuk mendapatkan perkhidmatan.
waiting costkos menungguPentadbiranTiadaKos yang ditanggung oleh pelanggan kerana menunggu dalam giliran bagi mendapatkan perkhidmatan.
call waitingpanggilan menungguSosiologiTiadaSatu kemudahan yang memberi isyarat ke talian yang sibuk untuk menandakan bahawa ada panggilan sedang menunggu.
standby spaceruang menungguKomunikasiKorporatSistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita.
holding areakawasan menahanAeroangkasaTiadaKawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara.,Kuasa kuda yang diukur pada aci keluar enjin.,Kawasan menahan: Kawasan di udara iaitu ruang pesawat udara disusun berselang 1000 kaki ketika menunggu giliran untuk mendarat di pelabuhan udara.
pending approvalmenunggu kelulusanPentadbiranTiadaTiada
no waitingdilarang menungguKejuruteraanTiadaTiada
waiting costkos menungguEkonomiTiadaTiada
waiting linebaris menungguEkonomiTiadaTiada
waiting listsenarai menungguEkonomiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas