Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : minyak utk melicinkan rambut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : minyak utk melicinkan rambut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
boilbisulHerbaFitoterapiJangkitan pada kulit yang bermula pada folikel rambut atau kelenjar minyak dan kelihatan seperti jerawat yang besar dan mempunyai mata bernanah di hujungnya. Bisul selalunya disebabkan oleh bakteria Staphylococcus aureus.
aromatherapyaromaterapiHerbaTiadaAmalan perubatan komplementari yang menggunakan minyak pati daripada tumbuhan beraroma untuk meningkatkan tahap kesihatan dan keseimbangan tubuh, minda dan spiritual. Aromaterapi juga boleh digunakan untuk mencegah dan mengubati jangkitan. Komponen yang digunakan dalam aromaterapi adalah minyak pati, sulingan herba, seduhan herba dan minyak pembawa. Contoh minyak pati yang digunakan ialah ros, lavender, serai wangi, melur dan cendana. Pada masa kini aromaterapi diaplikasi dalam pelbagai produk seperti penyegar udara, syampu rambut, sabun mandian dan kosmetik.
oil gland/sebaceous glandkelenjar minyakBiologiHistologi dan SitologiKelenjar yang terdapat di bahagian hujung atas folikel rambut/bulu. Kelenjar ini merembeskan bahan berminyak, sebum ke dalam ruang folikel. kelenjar uropigium; kelenjar prin; eleodokon.
Entada rheediibeluruHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis memanjat dalam famili Leguminosae. Tumbuhan ini dikenali juga sebagai akar beluru dan sintok. Beluru biasanya tumbuh liar di pinggir hutan, tebing sungai dan kawasan berhampiran laut. Daunnya jenis majmuk. Buahnya jenis kekacang leper, panjang dan besar. Air rebusan akarnya diminum untuk merawat kembung perut. Batang yang telah dilumatkan digunakan sebagai syampu rambut untuk membunuh kutu dan hama. Air rendaman atau rebusan batang disapukan pada kulit untuk merawat kulit yang gatal dan bersisik. Air rebusan batang diminum untuk merawat cirit-birit. Biji separuh masak yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk mencuci rambut, dan dibuat pupuk untuk merawat buasir dan sakit perut. Biji yang telah dibakar dimakan oleh ibu selepas bersalin untuk mencuci badan, mengubati sakit perut dan merangsang muntah. Air batangnya boleh diminum mentah, minyak bijinya digunakan sebagai minyak pelita, daun mudanya boleh dimakan, dan batangnya yang telah dilumatkan boleh digunakan untuk menuba ikan.

Kembali ke atas