| diminishing musyarakah | musyarakah mutanaqisah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Perkongsian yang melibatkan penurunan milikan satu pihak dan meningkatkan milikan satu pihak yang lain. Pada peringkat awal perkongsian, setiap rakan kongsi bersama-sama menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Kemudian, satu pihak rakan kongsi boleh mengurangkan milikan modalnya dengan menjual kepada pihak lain secara ansuran. Pada akhir perkongsian, semua milikan akan berpindah kepada seorang rakan kongsi sahaja. Sinonim perkongsian menurun. |
| musyarakah mutanaqisah financing | pembiayaan musyarakah mutanaqisah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pembiayaan yang melibatkan dua akad, iaitu akad musyarakah dan akad ijarah. Dalam akad musyarakah, pembiaya dan pelanggan berkongsi menyumbang modal mengikut peratusan tertentu. Contohnya, pembiaya dan pelanggan berkongsi membeli satu aset pada kadar 80% dan 20%. Aset tersebut merupakan milikan perkongsian antara pembiaya dengan pelanggan. Dalam kontrak ijarah pula, perkongsian tersebut menyewakan aset kepada pelanggan dan hasil sewanya dibahagi mengikut kadar syer. Namun demikian, pelanggan tidak mengambil hasil sewa bahagiannya sebaliknya digunakan untuk membeli syer pembiaya secara ansuran. Pelanggan juga boleh membuat bayaran tambahan untuk mempercepat proses pemilikan syer. Pada akhir perkongsian semua milikan akan berpindah kepada pelanggan. |
| musyarakah contract | akad musyarakah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Akad yang membolehkan pemilik modal (rabbul mal) dan pengusaha (mudarib) secara bersama menyediakan modal pembiayaan projek mengikut nisbah yang dipersetujui. Pemilik modal berhak turut sama menyelia dan mengurus projek bagi memastikan dana digunakan secara cekap. Keuntungan dan kerugian daripada projek akan dibahagikan antara pemilik modal dengan pengusaha mengikut kadar nisbah yang dipersetujui bersama. Pemilik modal boleh melupuskan sebahagian pemilikannya kepada pengusaha secara beransur-ansur sehingga akhirnya projek berkenaan menjadi milik pengusaha sepenuhnya. Akad sebegini dikenali sebagai musyarakah mutanaqisah. |
| diminishing musyarakah | perkongsian menurun | Ekonomi | Ekonomi Islam | Lihat musyarakah mutanaqisah. |
| musharakah convertible income certificates | sijil musyarakah pendapatan boleh ubah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Instrumen kewangan yang boleh diapungkan dan mempunyai kadar pulangan yang berubah. Instrumen ini mula diperkenalkan di pasaran oleh Investment Finance Corporation pada 1993. Instrumen ini biasanya, mempunyai tempoh matang jangka panjang dan kadar pulangannya dikaitkan dengan kadar dividen tahunan saham biasa musyarakah. Instrumen boleh diubah kepada saham biasa musyarakah pada harga buku dan boleh diurusniagakan di pasaran modal. |
| Islamic equity securities market | pasaran sekuriti ekuiti Islam | Ekonomi | Ekonomi Islam | Pasaran yang mengurusniagakan sekuriti ekuiti Islam. Pasaran ini boleh berbentuk pasaran primer, pasaran sekunder dan pasaran modal. Urus niaga ini didenominasikan dalam mata wang domestik sahaja. Akad yang terlibat dalam urus niaga ini adalah seperti mudarabah, musyarakah atau musyarakah mutanaqisah. Peserta dalam pasaran sekuriti ekuiti Islam terdiri daripada institusi kewangan, syarikat dan individu. Pasaran ini memberi kemudahan kepada pengeluar untuk mendapatkan modal, dan kepada peserta untuk melabur dan mendapatkan kemudahan mudah tunai. |
| equity | ekuiti | Ekonomi | Ekonomi Islam | Bahagian pemilikan dalam sesuatu badan perniagaan atau korporat. Mengikut prinsip syariah, cara pemilikan ekuiti dilakukan melalui konsep musyarakah dan mudarabah. Kaedah pemilikan melalui konsep mudarabah memberi ruang kepada pelabur menyumbangkan modal dan pengusaha menguruskan entiti tersebut. Manakala dalam pemilikan musyarakah, kedua-dua pelabur dan pengusaha menyumbangkan modal masing-masing. Ekuiti boleh bertambah dari semasa ke semasa melalui sumbangan tambahan modal, rizab dan perolehan tertahan. Pemilik ekuiti berhak menuntut keuntungan dan bertanggungjawab menanggung kerugian. |
| working capital musharakah | modal kerja musyarakah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Modal tunai yang diberikan kepada pihak terlibat dengan menggunakan prinsip perkongsian untung rugi. Contohnya, pelanggan yang mempunyai ladang bersetuju membentuk syarikat perkongsian terhad dengan bank. Bank dan pelanggan masing-masing menyumbangkan modal tunai sebanyak 90% dan 10%. Kemudian, syarikat perkongsian menyewa ladang bersama aset tetap daripada pelanggan dan membayar sewa pada kadar yang telah dipersetujui. Syarikat akan menggunakan baki dana yang disumbangkan oleh kedua-duanya sebagai modal kerja untuk menampung kos pengeluaran selama semusim. Pada akhir tempoh, keuntungan akan dibahagi mengikut peratusan berdasarkan sumbangan modal tunai setiap pihak. |
| profit and loss sharing ratio | nisbah perkongsian untung rugi | Ekonomi | Ekonomi Islam | Peratusan keuntungan atau kerugian yang dikongsi oleh semua pihak yang menyumbangkan modal dan usaha. Dalam akad musyarakah, nisbah ini ditentukan dengan persetujuan bersama berdasarkan sumbangan modal dan usaha masing-masing. Dalam akad mudarabah pula, nisbah tersebut ditentukan antara penyumbang modal dengan pengusaha. Akad musyarakah menetapkan bahawa kerugian dibahagi mengikut peratusan sumbangan modal, manakala dalam akad mudarabah kerugian hanya ditanggung oleh penyumbang modal. Nisbah ini juga memainkan peranan yang penting sebagai alat dasar monetari. |
| ‘aqd isytirak | akad perkongsian | Perniagaan Islam | Tiada | Akad yang dilakukan oleh dua pihak untuk berkongsi kerja dan keuntungan seperti musyarakah dan mudarabah. Dalam akad mudarabah antara pemodal dengan pengusaha, keuntungan dikongsi mengikut persetujuan, manakala kerugian ditanggung oleh pemodal. |