| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Seni Bina | Gaya seni halus dan seni gunaan yang bermula pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 yang bercirikan motif garis arus berombak, berunsurkan objek alam dan menggunakan warna semula jadi. Gaya ini diimplementasikan pada seni bangunan, arca, perabot, lukisan, grafik dan fabrik. Gaya Art Nouveau lebih banyak menggunakan bahan-bahan baharu seperti kaca dan kurang menggunakan bahan daripada besi. Contoh bangunan yang mempunyai gaya Art Nouveau ialah bangunan gereja Sagrada Familia di Barcelona, Sepanyol yang direka oleh Antoni Gaudi. |
| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan, seni bina dan reka bentuk dekoratif terkemuka yang berkembang di negara Eropah Barat dan Amerika Syarikat antara tahun 1890 dan 1910. Gaya ini mengetengahkan reka bentuk atau idea pereka, yang menggabungkan unsur seni bina dan reka bentuk perabot bagi menjadikan seni sebagai sebahagian daripada kehidupan harian. Art Nouveau juga bertujuan memodenkan reka bentuk dengan menampilkan kelainan tersendiri. |
| nouveau roman | nouveau roman | Kesusasteraan | Tiada | Gerakan di Perancis pada dekad 40-an hingga 60-an yang mempertikaikan bentuk novel konvensional. Gerakan ini rata-ratanya bersifat realistik dan menekankan plot, perwatakan, naratif dan sebaliknya. Gerakan ini membawa kelainan dan perubahan yang bersifat inovatif dalam struktur novel yang diterima pakai pada masa kini, di samping mendobrak tanggapan dan andaian khalayak terhadap bentuk sebuah novel. Antara inovasi yang diperkenalkan termasuklah menekankan kelencongan bahasa untuk tujuan mengetengahkan kepentingan bahasa dalam novel, serta memperakukan dengan jelas sifat kecerekaan sesebuah naratif. Hal ini berbeza dengan konsep novel dewasa yang menerima bentuk novel sebagai rakaman kenyataan atau gambaran kenyataan yang tepat. Salah seorang penulis yang mencetuskan gerakan ini ialah Alain Robbe-Grillet dalam tulisannya For A New Novel yang menjelaskan bahawa tujuan novel baharu ini adalah untuk �meninggalkan bentuk lama novel�. Penulis lain yang turut menyumbang kepada gerakan ini ialah Michel Butor, Cla |
| Nouveau art | seni Nouveau | Sosiologi | Tiada | Tiada |
| Art Nouveau | Art Nouveau | Kesenian | Tiada | Gaya dekoratif yang popular pada tahun 1890an yang bercirikan alunan tumbuhan yang menjalar, binatang dan rupa yang mendatar. |
| nouveau riche | orang kaya baru | Pendidikan | Tiada | Tiada |
| Art Deco | Art Deco | Kesenian | Hiasan Dalaman | Gaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turu |
| modern architecture | seni bina moden | Kesenian | Seni Bina | Seni bina yang dipelopori oleh arkitek masyhur seperti Louis Sullivan, Walter Gropius, Frank Lloyd Wright, Le Corbusier dan Mies van de Rohe, yang bermula pada sekitar tahun 1920-1960, kesan daripada kemajuan teknologi dan pertumbuhan industri. Antara jenis seni bina yang terdapat dalam era seni bina moden ialah seni bina Art-Nouveau, pascamoden, teknologi tinggi (hi-tech), neoklasik dan kontemporari. Tema pengenalan kepada seni bina ini adalah seperti yang berikut: 1.���Reka bentuk bangunan yang mengikut fungsi kegunaan dan tidak mempunyai aturan piawaian seperti binaan klasik. 2.���Pertemuan sambungan bahan binaan pada sudut 90�. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 3.���Ringkas dan jelas dari segi bentuk dan tidak mempunyai dekorasi berlebihan. 4.��Mempamerkan struktur bangunan dengan jelas. 5.��Mempamerkan bahan binaan dalam bentuk sebenar, bukan samaran atau dibuat sebagai sesuatu bahan binaan lain. Contohnya, dalam seni bina |
| art and craft movement | pergerakan seni dan kraf | Kesenian | Hiasan Dalaman | Pergerakan estetika Inggeris yang berlaku pada separuh kedua abad ke-19 yang mewakili permulaan untuk penghargaan seni hiasan di seluruh Eropah. Pergerakan seni ini mempengaruhi hasil seni bina, seni dekoratif, perabot dan kotej dalam reka bentuk taman di Britain, Kanada dan Amerika. Di Amerika Syarikat, gaya kraf Amerika sering digunakan bagi menandakan gaya seni bina, reka bentuk dalaman dan seni dekoratif yang berlaku antara era Art Nouveau dengan Art Deco (1910-1925). |