| aseptic culture | kultur aseptik | Pertanian | Agronomi | Keadaan pembiakan tisu tumbuhan yang dilakukan secara nyah kuman. Contohnya, dalam proses kultur tisu, semua bahan dan peralatan perlu melalui proses nyah kuman dengan pemanasan dalam autoklaf bersuhu lebih 100o C atau menggunakan bahan kimia seperti klorin untuk membasmi semua jenis mikroorganisma. Semua kerja yang dilakukan dibuat dalam kebuk yang udaranya ditapis untuk mengelak pencemaran kuman dari udara. |