Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata obscurum


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ubahubahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama biasa bagi kayu dan pokok Glochidion spp. daripada famili Euphorbiaceae. Nama tempatannya di Sabah termasuk gerumung jantan, obah nasi, dan saka-saka. Spesies utama kayu ini ialah Glochidion littorale, G. obscurum, G. perakense, dan G. superbum. Gubal kayu ubah sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kelabu. Tekstur kayunya halus dan sekata dengan irayang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 560 hingga 640 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana keras dan sederhana berat
nyalinnyalinPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Xanthophyllum spp. daripada famili Polygalaceae. Nama tempatannya di Semenanjung termasuk minyak beruk dan mengkapas, dan di Sabah ialah minyak beruk. Spesies utamanya termasuk Xanthophyllum affine, X. anoenum, dan X. obscurum. Gubal kayu nyalin sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna kuning cerah semasa segar, dan berubah menjadi kuning jingga apabila terdedah. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 595 hingga 960 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras sederhana. Kayu ini mudah dikerjakan, tetapi tidak tahan, lambat mengering, dan mempunyai kadar kecutan yang tinggi. Kayu nyalin sesuai untuk kerja binaan berat sementara, papan panel, lantai parket, venir, dan papan lapis.

Kembali ke atas