Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Puisi
 

Hendak ke seberang seberang saja,
     Saya tak mahu berkuda-kuda;
Hendak seorang seorang saja,
     Saya tidak mahu berdua tiga.


Lihat selanjutnya...(164)
Peribahasa

Enau sebatang dua sigainya.

Bermaksud :

Satu pekerjaan yang dikepalai oleh dua orang; seorang perempuan yang menduakan suaminya.

 

Lihat selanjutnya...(29)

510

One bad apple spoils the lot

Disebabkan angkara seorang anggota maka yang lain beroleh nama buruk dan dituduh terbabit sama.

Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit

Just because this one Muslim group attacked the Western interests, all of the Muslims were being labelled as terrorists - one bad apple spoils the lot .

Hanya kerana sebuah kumpulan orang Islam menyerang kepentingan Barat, maka semua umat islam dicap sebagai pengganas. Seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(26)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
barongbarongKesenianDrama dan TeaterPersembahan tradisional Jawa dan Bali berunsur ritual yang berasaskan binatang mitos, iaitu barong dan diiringi tarian kuda kepang. Barong berkepala harimau dan berekor seperti naga, biasanya digerakkan oleh dua orang, seorang di bahagian kepala dan seorang lagi di bahagian belakang. Barong dikenali juga sebagai reog yang dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Di Bali, barong mengiringi persembahan calonarang. Sinonimcalonarang.
group therapyterapi kelompokPerubatanTiada1. Psikoterapi yang melibatkan sekurang-kurangnya dua orang pesakit dan seorang juruterapi.,2. Terapi orang-orang yang mempunyai masalah yang sama.
ducal officialpegawai dukSejarahTiadaOrang-orang yang dilantik dan bertugas di bawah pengawasan seorang Duke.
combatantpenempurUndang-undangUndang-undang AntarabangsaOrang-orang yang menyertai pertempuran atau medan peperangan secara langsung. Golongan penempur boleh terdiri daripada angkatan bersenjata rasmi dari sesebuah negara, tentera sukarela dan gerakan tentangan terancang seperti gerila. Apabila penempur tertangkap oleh pihak musuh, mereka dianggap sebagai tawanan perang dan perlu dilindungi sebagaimana yang ditetapkan dalam Konvensyen Geneva III 1949. Tugas penempur adalah untuk bertempur dan mara ke medan peperangan. Sekiranya perlu, penempur harus melukakan, menghancurkan, melakukan tindakan ketenteraan lain atau membunuh kerana sekiranya mereka tidak berbuat sedemikian, maka merekalah yang akan menjadi sasaran serangan musuh. Dalam peperangan, semua orang yang berada dalam golongan penempur akan menjadi sasaran atau objek serangan. Apabila seorang penempur membunuh penempur lain dari pihak musuh, maka perbuatan tersebut bukan dianggap sebagai tindakan yang melanggar undang-undang.
moro-moromoro-moroKesusasteraanTiadaDrama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme.
person-to-person spreadrebakan orang ke orangKesihatan AwamTiadaPerebakan penyakit daripada seorang individu kepada individu lain, contohnya melalui sentuhan atau jangkitan titisan.
drilling crewpekerja penggerudianKejuruteraanPetroleumPasukan pekerja yang terdiri daripada seorang jurugerudi, seorang pekerja derik dan dua orang pembantu atau lebih, yang mengendalikan sesuatu rig penggerudian atau rig ulang kerja untuk satu masa kerja tiap-tiap hari.
poll taxcukai kepalaEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap penduduk sesebuah negara mengikut jumlah tertentu. Di Malaysia, cukai kepala pernah diamalkan di Kelantan oleh pemerintah British pada tahun 1909. Kadar cukai kepala yang dikenakan ialah RM1.00 seorang bagi orang Melayu dan RM3.00 seorang bagi orang Cina.
contagious diseasepenyakit berjangkitPerubatanTiadaPenyakit yang boleh berjangkit daripada seorang kepada orang lain melalui sentuhan fizikal atau secara tak langsung melalui organisma atau pembawa organisma penyebab.
السابق واللاحقsābiq lāhiqAgama IslamHadithDua orang perawi yang mempunyai kesempatan meriwayatkan Ḥadīth daripada seorang guru, salah seorang daripadanya mati jauh lebih awal daripada yang keduanya.
12345678910

Kembali ke atas