| tledek | tledek | Muzik | Tiada | Tarian sosial orang kebanyakan di Jawa Tengah yang biasanya ditarikan oleh kaum wanita dengan iringan gamelan. Tarian ini dipersembahkan semasa majlis perkahwinan. Sinonim taledhek. |
| legong | legong | Muzik | Tiada | Tarian Bali yang ditarikan oleh tiga atau empat orang kanak-kanak perempuan dengan iringan gamelan pelegongan. Cerita yang biasa dipersembahkan ialah Lasem. Penari mewakili Raja Lasem, Puteri Rangkesari, seorang condong (dayang) dan seekor burung gagak. Persembahan cerita Lasem bermula dengan tarian condong, kemudian tarian Raja Lasem dengan Puteri Rangkesari, dan diikuti tarian peperangan antara Raja Lasem dengan burung gagak. |
| kaba | kaba | Kesusasteraan | Tiada | Sastera lisan atau bertulis orang Minangkabau yang mungkin dapat dikategorikan sebagai genre roman lipur lara. Kaba biasanya merupakan roman sejarah atau didaktik yang bertujuan untuk memberikan pendidikan kerohanian. Unsur yang menjadi asas cerita kaba masih sama seperti lipur lara, iaitu percintaan dan pengembaraan. Kaba disampaikan dalam bahasa yang berbunga-bunga, diindahkan dengan pantun dan talibun. Kaba memperlihatkan pengaruh Islam yang ketara, namun unsur peribumi dan Hindu juga agak dominan. Kaba disampaikan oleh tukang kaba dengan iringan alat-alat bunyian dan diselang-selikan dengan tarian randai. Persembahan kaba biasanya mengiringi upacara adat setempat. Kaba yang tertua ialah kaba Cinduo Mato yang dianggap wujud sebelum tahun 1350. Contoh kaba yang lain ialah Sabai Nan Aluih, Rancak di Labueh dan Puti Nilam Cayo. Kaba berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud �khabar�. Lihat juga talibun. |
| zarzuela | zarzuela | Muzik | Tiada | Opera popular di Filipina yang wujud pada abad ke-19 dan abad ke-20. Opera ini diperkenalkan di Filipina oleh orang Sepanyol pada tahun 1878. Zarzuela dipersembahkan di pentas prosenium dengan iringan orkestra Barat. Tema cerita tentang kasih sayang golongan raja dan bangsawan. Pada awal abad ke-20, zarzuela mencantumkan ciri negara Filipina seperti bahasa Tagalog dan cerita masyarakat Filipina. Zarzuela mempunyai persamaan dalam gaya pementasan dengan opera lain di Asia Tenggara seperti bangsawan di Malaysia, ludruk
| makyung | makyung | Kesusasteraan | Tiada | Teater tradisional yang menggunakan unsur-unsur ritual, tarian, muzik, lagu, lakonan, cerita dan dialog yang bersifat formal dan improvisasi. Makyung dipercayai berasal daripada istana Patani dan dibawa masuk ke Kelantan lebih kurang 200 tahun dahulu. Makyung merupakan sebuah teater yang menggabungkan struktur persembahan dengan gaya yang dilebih-lebihkan. Makyung tidak mempunyai prop atau set realistik tetapi hanya menggunakan beberapa peralatan seperti pemiat (ikatan rotan tujuh batang) dan selendang yang boleh mewakili pelbagai benda fizikal. Tempat dan lokasi digambarkan melalui dialog. Pertukaran tempat pula dilambangkan melalui pergerakan pelakon dalam sebuah bulatan dengan iringan lagu barat anjur. Antara cerita yang dipersembahkan oleh makyung ialah Raja Sakti, bongsu sakti, Dewa Muda, Raja Tangkai Hati dan Puteri Timun Muda. /watak utama dalam makyung ialah Pakyung, Makyung, Puteri Peran Tua, Peran Muda, Tok Wok, Jin Gergasi, Jong Dong Dang dan Orang Kampung. Muzik memainkan peranan penting dalam per |