| dissolution test | ujian pelarutan | Farmasi | Farmaseutik | Ujian untuk menentukan kadar pelarutan. Ujian ini merupakan salah satu ujian kawalan mutu yang dilakukan ke atas bentuk dos tablet. Sifat ini mesti diukur berdasarkan spesifikasi dalam bahan rujukan piawai seperti farmakopeia sebelum tablet boleh dipasarkan. Lihat juga pelarutan. |
| enteric coating | salutan enterik | Farmasi | Farmaseutik | Lapisan yang diberikan kepada tablet, kapsul atau pil untuk melindunginya dan menghalang pengecaian atau pelarutan dalam bendalir gastrik. Pelarutan akan terjadi dalam usus kecil. |
| ionization | pengionan | Kimia | Tiada | Penghasilan ion daripada molekul atau atom melalui pelarutan, pemindahan elektron dan penyinaran. Misalnya, pelarutan hidrogen klorida menghasilkan ion H+ + C1‒. |
| solubilization | pelarutan | Farmasi | Tiada | Kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kelarutan suatu zat larut yang sukar dilarutkan melalui penambahan zat ketiga, seperti sabun atau surfaktan yang lain.. Contohnya,penggunaan polisorbat 60 untuk melarutkan lebih banyak minyak pepermin ke dalam suatu cecair akues. |
| dissolution | pelarutan | Farmasi | Farmaseutik | Proses yang berlaku apabila satu pepejal terurai ke tahap molekul setelah bersentuhan dengan sesuatu cecair seperti air. |
| solubilisation | pelarutan | Herba | Tiada | Proses melarutkan bahan herba sama ada dalam bentuk cecair atau pepejal dalam bahan pelarut cecair sehingga menjadi sekata. Bagi suatu bahan herba yang sukar dilarutkan, kelarutannya boleh ditingkatkan melalui penambahan bahan ketiga seperti sabun atau surfaktan yang lain. Contohnya, penggunaan surfaktan polisorbat 60 untuk melarutkan lebih banyak minyak pepermin ke dalam suatu cecair akueus. |
| dissolution | pembubaran; pelarutan | Fizik | Tiada | Tiada |
| dissolution | pembubaran; pelarutan | Komunikasi Massa | Tiada | Tiada |
| acid dissolution | pelarutan asid | Perubatan | Pergigian | Proses pemisahan sebatian kepada elemen asalnya menggunakan asid. |
| chemical dissolution | pelarutan kimia | Kejuruteraan | Tiada | Tiada |